http://gengkembar.blogspot.com/

Sunday, January 29, 2012

Tengok Wayang Bersama Si Kembar

Alhamdulillah, dapat juga PH menghadap blog Geng Kembar ni selepas sudah lama terbiar sepi...hehehe...Inilah risiko yang perlu dihadapi kalau mempunyai banyak page dan blog...Asyik terlupa jer nak update blog yang ini....
Oklah, PH nak bercerita pasal semalam....PH pergi ke Jaya Jusco Cheras Selatan bawa anak-anak menonton filem Journey 2 - The Mysterious Island...Ini adalah kali kedua PH menonton filem ini bersama-sama dengan si kembar Along & Angah...Suka betul derang tu....Masa mula-mula menonton, terkejung-kejung budak-budak ni sebab terkejut...hehehehe...Tapi untuk yang kali kedua ni derang dah pandai...Tiba jer babak yang ada terkejut dia cepat-cepat tutup mata...Pandai tak? Pandai tak?


Sebelum masuk wayang tu, macam biasalah...Sedikit wang perlu dilaburkan untuk memenuhkan perut budak-budak ni...PH tertarik betul dengan bekas minuman dan makanan ekslusif ni ( 2 in 1 ) sempena sambutan Tahun Baru Cina...Ramai warga berbangsa Cina kat wayang ni sebab ada filem Cina best iaitu Ah Beng The Movies dan Viral Factor....


Sementara menunggu MH beli tiket, budak-budak ni kuyu jer mata sebab bosan menunggu tak sabar-sabar nak masuk panggung...Sama jer muka boring derang ni kan? hahahaha


Tiket dah dibeli, tapi ada sejam lagi masa nak masuk panggung...Jadi, PH pun entertained si kembar ni ...Naik kereta menan...hahahaha...


Seb bek ibunya tak naik sekali..Kalau ibunya naik sekali ayahnya pun nak join sekaki hehehehe....



Pastu entertained derang naik Marry Go Round...Tengoklah mukanya...Budak-budak ni memang selalu kena gembirakan mereka....Kalau bopleh jangan dihampakan kehendak mereka...Tapi yang paling penting jangan kedekut dengan anak-anak...



Lepas tu entertained derang guna kerusi urut....Bergetar-getar badan Along hehehehehe



Biasalah, kalau dah ada anak kembar ni semuanya kena beli dabel ( double )...Angah terkejung kejap kat kerusi urut tu...RM1 untuk 3 minit..Ok lah tu kan...? Buat apa nak kedekut dengan budak-budak...Dengan seringgit tu dapat juga menggembirakan hati anak-anak...Minda pun sihat dan emosi pun berkembang dengan baik....



Kalau PH jalan kat JJ Balakong ni, PH mesti berhenti kat kedai ni...Terpegun dan kagum melihat kreativiti orang yang membuat arca Alien ni...Dia menggunakan bahan-bahan besi yang terbuang....



Inilah hasilnya kalau kita tak kedekut dengan anak-anak...Muka anak-anak ceria dan rezeki pun tak segan nak nak singgah...


Tengah penat berjalan, terjumpa plak troli kosong...Apalagi, PH humbankan ajer si kembar ni kat dalam troli pastu sorong ke serata JJ Balakong ni...Habis cerita....hehehehehe


Lagi 15 minit panggung filem hendak dimainkan....Lepak semula kat tempat wayang...Tak putus-putus manusia ke hulu ke hilir...Pening kepala kalau tengok gelagat masing-masing...Kanak-kanaklah yang paling gembira...Ramai orang Cina tempatan di sini menghabiskan masa bersama keluarga di musim cuti perayaan ini...maklumlah, esok dah kerja balik dah...



Pop Corn yang pertama dah habis...Kena beli lagi sekali....Tapi takpelah, untuk bapak si kembar juga....hehehehe



Tengoklah muka budak-budak ni....Puas kalau dapat memenuhi permintaan anak-anak...Tengokah cara Along pegang keropok tu ( kanan )...Dia tak nak bagi PH sikit....Siap peluk tu...hehehehe...Tapi last-last bagi juga....Masa ni PH dah salinkan baju budak-budak ni sebab mashem....



Lima minit lagi wayang nak dimulakan...Apalgi, sesi photoshoot kejap...hehehehe...Ada banyak lagi tapi malas plak nak upload kat sini...Nanti PH upload kat Facebook Si Kembar...



Hokay...!!! Kami nak tengok wayang dulu....Angah terkejut sampai tercampak spek bila muka biawak hijau tu tiba-tiba sergah kitorang....hehehehe...


Apa-apa je lah budak-budak ni...Layankan ajer :)


P/S :
Beberapa hari sebelum gi tengok wayang ni, PH pergi Tesco Semenyih...Tengah jalan-jalan kat tempat kosmetik, tiba-tiba nampak pulak kobis kat sini....adehhhh.....



Saturday, December 24, 2011

Dengan Roh Ini PH Menulis....

Alhamdulillah...Dapat juga PH update blog si kembar ni setelah sekian lama ditinggalkan....Walaupun tak boleh nak kejar itik dengan ayam sekaligus, namun PH akan cuba juga...Bila dah dapat tangkap ayam,. dapat tangkap itik lambat sikit pun takper...hehehehe
 ( faham ke ayat perumpamaan PH ni...? )...
Si kembar semakin hari semakin membesar...Setiap hari, ada bermacam-macam benda baru yang ditanyakan oleh mereka kepada PH...Alhamdulillah, mereka sudah boleh mula menggunakan akal mereka....Yang menariknya, setiap patah ayat yang diutarakan dari mulut mereka comel sangat-sangat....Ye lah, pelat tu ada lagi...Memang seronok kalau layan mereka...Kalau nak dijadikan filem, mesti satu pawagam tu ketawa berdekah-dekah menahan senak perut...Adeehhh budak-budak zaman sekarang bijak betul....Bak kata Mak Minah 
( dalam cerita Masam-Masam Manis P Ramlee ) " Dah Gedeban dah" ( advance )...


Bila diingat semula masa zaman PH masa kanak-kanak dulu, suasana amatlah berbeza sama sekali....PH dibesarkan dengan Ding Dang, Thunder Cat, Gaban, Voltron, Moero Attack, Kartun Transformers dan banyak lagi....Kartun lama yang kekal sehingga sekarang ialah Doraemon...Sampai sekarang PH suka kartun tu,...Banyak memberi mesej-mesej positif serta menyemai sifat menyayangi manusia dan haiwan....
Tapi, zaman itu dah berlalu..Kini zaman milennium lebih mencabar...Along & Angah suka main Angry Bird dan Barbie Doll....Tablet PH tu dia dah hafal bucu mana nak tekan...Mak Aiii....Baru umur 4 tahun tu...hmmmm takpelah asalkan benda-benda sebegini dapat membentuk siasah minda...Tapi PH tak memberikan kepada mereka bermain game sepenuh masa...Ada masa-masanya...
Ke mana sahaja mereka muncul, pasti akan ada rezeki datang dengan tidak disangka-sangka...Ada yang membelikan ais krim, gula-gula dan keropok....Ada juga yang memberi duit kocek...Alahai terima kasih lah akak yer....Ketika itu berlaku di Alamanda dan KLCC...Syukur...Ada juga mereka yang terus menjadi peminat Along & Angah...Yang mana kebetulan membawa anak kembar mereka turut tidak ketinggalan untuk bergambar kenang-kenangan bersama Along dan Angah....



Setelah 3 dekad mengharungi kehidupan, PH mengecapi kebahagiaan juga, itupun setelah banyak perkara-perkara pahit yang terpaksa ditelan mentah-mentah...Peritnya masih terasa sehingga sekarang...namun kehidupan mesti diteruskan....Tak guna kita nak mengeluh dan mengadu domba dugaan yang Allah beri....Kini, barulah PH faham, untuk mendapatkan kebahagiaan, kitalah yang wajib mencarinya...Bukan menunggu kebahagiaan itu datang bergolek....Kena rasa susah dulu, barulah kita akan senang kemudian....



Kesenangan yang PH kecapi sekarang bukanlah bermaksud PH dah kaya raya atau menjadi jutawan...Bagi PH, kebahagiaan jiwa PH telah temuinya...Duit bukanlah segalanya, tetapi pada masa yang sama PH akui bahawa segalanya memerlukan duit....Jadi, PH wajib berusaha untuk memperolehi kehidupan yang lebih hebat dari yang ada sekarang....Cuma, bermacam-macam rintangan yang perlu PH hadapi...Sebagai seorang suami dan bapa, banyak tanggungjawab di bahu ini....Kesabaran adalah tunjang yang paling utama...


Segala perkara pahit yang berlaku dalam hidup kita adalah guru kepada kehidupan...Kalau tak langgar dinding, kita tidak akan tahu tahap kesakitannya....Maka, kalau kita dah langgar dinding dan tahu kesakitannya Insyaallah kita akan maju setapak lagi ke hadapan dengan tidak mengulangi kesilapan yang lalu...
Ibubapa juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan...Maka, kesilapan ibubabapa yang mendidik kita haruslah dijadikan sempadan dan pedoman...Tujuannya adalah supaya kita tidak mengulangi kesilapan itu kepada zuriat kita....Macam yang PH bagitahu tadi, kalau kita tak langgar dinding, kita tak akan tahu sakitnya macamana...Bila dah tahu betapa sakitnya ia, takkan kita nak langgar dinding lagi kan...? hehehehe


Hidup ini adalah satu perjuangan yang akan berakhir...Kita kena ingat hidup kita ni untuk siapa...? Kita berjuang untuk siapa...? Kalau kita tidak mahu berjuang untuk diri sendiri, tetapi sekurang-kurangnya berjuanglah untuk zuriat dan keturunan kita....PH tak dilahirkan di dalam keluarga yang kaya dan senang...Ayah PH bukannya Dato' dan ibu PH bukannya Datin Seri....PH tidak dibesarkan di dalam rumah banglo dan berkereta mewah, sebaliknya hanya dibesarkan di kawasan flat dan kereta pun macam besi buruk......Namun, dengan roh ini PH bertekad akan membesarkan anak-anak PH di dalam keadaan yang cukup serba serbi...PH mahukan sepeninggalan PH nanti, waris-waris PH akan mewarisi harta dari titik peluh PH sendiri...Untuk roh yang menulis entri ini, PH bertekad untuk berjuang untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat...PH yakin kalian juga mempunyai perjuangan hidup yang sama dengan PH....Teruskanlah perjuangan hidup ini walau sehebat manapun badai yang melanda....Teruskanlah perjuangan dengan penuh percaya bahawa akan ada sinar di akhir kehidupan kita nanti...Mudah-mudah pemergian kita nanti akan diingati sampai bila-bila...Aminnn...


P/S :
Seribu batu perjalanan bermula dengan hanya satu langkah...Tulislah kejayaan anda dengan tangan sendiri...Jangan terlalu mengharapkan orang lain...
Kejayaan Adalah Di Tangan Anda

Saturday, August 6, 2011

Kenangan Bersama Pelancong China di Hotel Grand Season

Pada 2 minggu lepas, PH & MH ada temujanji dengan seorang klien di Hotel Grand Season di Jalan Pahang, KL...Sementara menunggu klien, PH jalan-jalan kat lobi hotel dengan Along & Angah...Kebetulan pula PH bertembung dengan satu rombongan pelancong dari China yang baru tiba di hotel tersebut...Hmmm, apalagi, bila ternampak ajer si kembar ni masing-masing terpinga-pinga sambil tersenyum kat si kembar ni...

Seperti yang dijangka, Along & Angah menjadi tumpuan pelancong tersebut serta pelawat-pelawat yang sedang menunggu di ruang legar hotel tersebut....


Pelancong-pelancong ini mengambil kesempatan untuk bergambar dengan si kembar ni...


Keadaan menjadi agak riuh rendah..Mereka asyik berkata "This girl so cute..!!!", "You're a lucky man..." ( PH la tu..hehehe )..Rupa-rupanya, mereka ada mengupah seorang jurugambar profesional....


Mereka semua berasal dari Hainan...Sementara mereka bergambar dengan Along & Angah, PH asyik berbual dengan seorang wanita China yang berumur lingkungan 40an..PH lupa nak tanya namanya...


Keletah-keletah pelancong ni asyik diperhatikan oleh orang sekeliling sambil mengukir senyuman....


Memang rezeki pada hari tu, klien PH bersetuju untuk membeli produk yang PH jual...Alhamdulillah...

P/S :
PH yakin setiap pasangan suami isteri yang mempunyai anak kembar pasti pernah merasai situasi sebegini...Memang seronok sangat-sangat kan...? Sementara anak kita masih kecil, ambillah peluang ini untuk bermanja-manja dengan mereka...Nanti bila mereka dah besar, nak timang pun tak boleh dah...hu hu


Wednesday, June 8, 2011

Anak Adalah Harta Kita...Ibarat Kain Putih, Kalau Diwarnakan Hitam Maka Hitamlah Ia....

Assalamualaikum kepada semua pembaca entri ini...dah berbulan juga PH tak kemaskini entri si kembar ni...hmmm...Ye lah, asyik sibuk dengan Kakimotong jer kan, terlupa plak nak kemaskini blog yang ni...Baru-baru ni PH saja jalan-jalan pergi shopping kat Tesco beli barang dapur...Macam biasalah, Along & Angah memang tak sah kalau tak singgah ke kedai makan...Mereka berdua ni memang kuat betul makan...Alhamdulillah, itu petandanya mereka ni sihat....Dengan budak-budak 'besar kuman' ni, kita memang tak boleh nak berkira...Tak baik kedekut dengan budak-budak lebih-lebih lagi kalau bab-bab makan...Kalau misalnya kita terpaksa tangguhkan kehendak mereka, kita wajib menunaikannya...Jangan sekali-kali memberi janji kosong kepada mereka...PH pernah terdengar ceramah dari Dr Fadzillah Kamsah, ibubapa yang selalu memberi janji kosong kepada anak mereka akan menyebabkan si anak itu tidak akan mempercayai ibubapanya dan mereka akan menganggap ibubapa mereka sebagai penipu...Haaa....dengar tu...besar implikasinya kalau memberi janji palsu ni..

Photobucket

PH pun kadang-kadang terkeliru yang mana satu Along dan yang mana satu Angah...Sekali imbas muka memang nampak sama betul...Tapi, kalau diteliti, pipi Angah lagi tembam dari Along...Lagi satu, badan Angah berisi sikit...Budak-budak yang aktif memang cepat lapar...Jadi, perancangan kewangan amat perlu bagi ibubapa...Bagi PH, biar PH berlapar tak mengapa, asalkan jangan budak-budak yang lapar....Kesian tengok mereka....

Photobucket

Tapi, bapaknya kalau lapar lagi dahsyat...hehehe...Ni claypot nasi daging kicap tambah telur...Perghh...terangkat muntut sebab panas sangat....hehehe


Photobucket

Yang ibunya kalau lapar boleh tahan juga...Ini claypot nasi goreng kampung...Sedap betul masakan di 'Food Court' Tesco Semenyih ni....

Photobucket

Bila diperhatikan masa dulu dan kini, PH sedar bahawa inilah harta PH yang paling bernilai...Zaman dulu main redah jer..Kalau ada duit, tak pandai nak menyimpan....Kalau nak beli pakaian, nak yang mahal-mahal jer...Tapi, suasana amat berbeza kini....PH lebih berjimat cermat...Bukannya apa, semuanya kerana anak-anak...MH juga begitu...

Photobucket

Kalau PH tengok si kembar ni dari sudut tepi, memang PH tak am langsung mana satu kakak dan adik...

Photobucket

Tapi bila berdepan macam ni, barulah PH cam...hehehe...Hanya ibunya sahaja yang tak pernah silap...PH pun hairan...Mestilah, anak ibu kan...?

Photobucket

Anak-anak sebesar ni memang perlu dijaga perasaannya...Kadang-kadang bila ada masalah mereka diamkan ajer...Inilah yang PH takutkan...Kita kena selalu dekatinya dan selalu bertanya tentang keadaan dirinya....Barulah PH sedar betapa susahnya nak jaga hati seorang kanak-kanak...Mereka ni ibarat sebiji benih...Kalau dibaja dan dijaga dengan rapi, buahnya akan menjadi lebat dan ranum...tapi kalau tak dijaga dengan baik, ianya akan menjadi sebaliknya...Buang beras jer nanti...


Photobucket

Inilah rupa kalau dah mengantuk...Macam Angah ni, PH dah faham perangainya...Kalau dia tak ngantuk, dia sakit perut...kalau tak sakit perut, dia boring...Pusing-pusing pun situ ajer...

Photobucket

Tapi kalau Along ni lain sikit..Dia agak manja dari adiknya....Lagi satu, sifat Along agak sukar diramal...Kadang-kadang dia nak lain tapi mengadu kat PH benda lain....Memang kesabaran amat perlu dalam menjaga hati si kembar...Bukan nak kata kembar jer, anak-anak kecil yang lain pun sama juga....

Photobucket

Perbezaan zaman bujang dan zaman menjadi bapa dah jauh sangat perbezaannya...Barulah kini PH sedar dan teringat cakap cikgu zaman sekolah dulu...Selagi kita hidup, kita takkan terlepas dari tanggungjawab...Setiap masalah yang datang mengajar PH erti kematangan hidup...Kesilapan yang telah PH lakukan, PH akan cuba sedaya upaya supaya tidak mengulanginya lagi....Bagi anda yang telah berumah tangga dan mempunyai anak kecil, mesti faham situasi ini kan...?

Photobucket

P/S :
Nak kumpul duit banyak-banyak untuk Along, Angah dan ibunya...hehehehe

Wednesday, April 6, 2011

Jangan Kedekut dan Berkira Dengan Anak-Anak Kita

Baru-baru ni PH bawak budak-budak ni ke KFC...adehhh...letih melayannya...Rumah Orang Tua Pakai Cermin Mata ni memang tempat kesukaan Along & Angah....Sampai jer kat KFC tu, suka betul dia...Lapang rasa hati bila melihatnya...Biasalah, nama pun budak...sama jer masa kita tecit2 dulu kan..? Malah ada yang lebih teruk kot...he he ..


Si kembar ni kalau makan memang berselera betul...Selagi ada hayat, sebagai bapa PH sentiasa cuba bagi yang terbaik buat mereka... Hidup hanya sekali jer kak...he he 




Alhamdulillah, sejak dari mula saat perkenalan kami masih bercinta setiap hari sehingga sekarang...Ombak badai yang melanda kami selesaikan secepat mungkin....


Menu malam tu macam biasa....


Blog ini memang untuk mereka..Bila mereka dah besar, segala entri yang sarat di dalam ni mengenai kehidupan mereka semasa kecil akan menjadi sesuatu yang amat berharga...Kalau PH dah tiada satu hari nanti, mereka akan kenang PH sampai bila-bila....


Muka Angah memang lebar sikit dari Along...biasa la, chubby la katakan....Perut pun dah makin ke depan...alahai...Along maintain slim...


Along memang pandai posing kalau bergambar...Pandai buat muka sombong dan serius...


Kalau Angah, PH paling suka snap gambar kandid sebab macam-macam kelaku yang dia buat...adehhh...


P/S :
Jangan kedekut dan berkira bab beli mainan dan makanan untuk anak-anak kita...What we give, we will get back...Insyaallah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terdahulu

Share & Enjoy

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More