Wednesday, November 24, 2010

Cerita Anak Kembar Artis Malaysia

Ziana Zain
Akhirnya, Ziana Zain memperkenalkan juga anak kembarnya kepada media semalam di Majlis Slim World Beauty House. Anak kembar Ziana Zain yang dilahirkan sepasang, lelaki dan perempuan diberi nama Muhammad Ariel Armin Zharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin yang kini sudah pun berusia 8 bulan. Gambar anak Ziana Zain ni memang comel kan..
Menurut Ziana Zain juga, dia bukanya sengaja untuk tidak memperkenalkan bayi kembarnya sebelum ini, tetapi diatas nasihat doktor, Ziana Zain terpaksa menyorokan anak kembarnya kepada umum kerana anak kembarnya dilahirkan dengan tidak cukup bulan. Selain itu Ziana Zain juga menceritakan detik cemas yang hampir meragut nyawanya ketika ingin melahirkan Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh…



“Saya hampir mati melahirkan anak-anak saya. Seminggu sebelum melahirkan mereka, tekanan darah saya naik sehingga melebihi tahap 200 bacaan atas.
“Bukan saya hendak sorok bayi kepada peminat dan media. Sebenarnya Saya dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi sehingga melahirkan anak. Mereka lahir tak cukup bulan.
“Selepas bersalin saya dan anak-anak saya tidak sihat. Doktor tidak membenarkan anak saya terdedah demi kesihatan mereka. Sebab itulah saya tidak dapat memenuhi permintaan media yang mahu merakam gambar mereka”.
“Cukuplah… inilah pengalaman terakhir melahirkan anak. Saya dah rasa bagaimana seksanya nak mati,” kata Ziana.
Taniah buat Ziana Zain kerana memiliki anak kembar yang comel, kami berharap Ziana Zain mampu mendidik anak kembarnya sebaik yang mungkin, apa-apa pun jom kita layan gambar anak kembar Ziana Zain ni…




Sharifah Aleya


PETALING JAYA: Pelakon dan penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau Leya, 26 selamat melahirkan bayi kembar perempuan pada jam 11.46 pagi tadi di sebuah hospital kerajaan.



Leya yang dihubungi sebentar tadi melahirkan rasa syukur setelah proses kelahiran dua bayi kembar sulungnya itu berjalan lancar walaupun impiannya untuk bersalin secara normal tidak kesampaian.

"Syukur alhamdulillah. Saya gembira dapat melihat wajah anak-anak saya.

“Memang agak kecewa kerana tidak dapat bersalin normal kerana doktor kata ada komplikasi.

“Tetapi atas nasihat doktor saya terpaksa melahirkan anak secara pembedahan caesar,” luah anak sulung kepada pelakon dan guru lakonan Fatimah Abu Bakar.

Leya yang sepatutnya bersalin tiga minggu awal ini berkata dia belum dapat memberitahu nama dua orang puteri kembarnya itu.



“Setakat ini, nama untuk bayi dah ada, cuma belum ‘finalise’ lagi,” jelas Leya.

Keceriaan jelas terpancar menerusi nada suara Leya yang kini telah menyandang gelaran ibu.

Tambahnya, “Saya sudah tak sabar untuk galas tanggungjawab sebagai ibu.”

Leya mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Ashraf Aasimudin, 29, pada Disember 2007.

Leya pernah membintangi filem Mukhsin, Idola dan yang terbaru, Magika.





0 pengomen yang bakal mendapat anak kembar:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terdahulu

Share & Enjoy

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More