Saturday, December 24, 2011

Dengan Roh Ini PH Menulis....

Alhamdulillah...Dapat juga PH update blog si kembar ni setelah sekian lama ditinggalkan....Walaupun tak boleh nak kejar itik dengan ayam sekaligus, namun PH akan cuba juga...Bila dah dapat tangkap ayam,. dapat tangkap itik lambat sikit pun takper...hehehehe
 ( faham ke ayat perumpamaan PH ni...? )...
Si kembar semakin hari semakin membesar...Setiap hari, ada bermacam-macam benda baru yang ditanyakan oleh mereka kepada PH...Alhamdulillah, mereka sudah boleh mula menggunakan akal mereka....Yang menariknya, setiap patah ayat yang diutarakan dari mulut mereka comel sangat-sangat....Ye lah, pelat tu ada lagi...Memang seronok kalau layan mereka...Kalau nak dijadikan filem, mesti satu pawagam tu ketawa berdekah-dekah menahan senak perut...Adeehhh budak-budak zaman sekarang bijak betul....Bak kata Mak Minah 
( dalam cerita Masam-Masam Manis P Ramlee ) " Dah Gedeban dah" ( advance )...


Bila diingat semula masa zaman PH masa kanak-kanak dulu, suasana amatlah berbeza sama sekali....PH dibesarkan dengan Ding Dang, Thunder Cat, Gaban, Voltron, Moero Attack, Kartun Transformers dan banyak lagi....Kartun lama yang kekal sehingga sekarang ialah Doraemon...Sampai sekarang PH suka kartun tu,...Banyak memberi mesej-mesej positif serta menyemai sifat menyayangi manusia dan haiwan....
Tapi, zaman itu dah berlalu..Kini zaman milennium lebih mencabar...Along & Angah suka main Angry Bird dan Barbie Doll....Tablet PH tu dia dah hafal bucu mana nak tekan...Mak Aiii....Baru umur 4 tahun tu...hmmmm takpelah asalkan benda-benda sebegini dapat membentuk siasah minda...Tapi PH tak memberikan kepada mereka bermain game sepenuh masa...Ada masa-masanya...
Ke mana sahaja mereka muncul, pasti akan ada rezeki datang dengan tidak disangka-sangka...Ada yang membelikan ais krim, gula-gula dan keropok....Ada juga yang memberi duit kocek...Alahai terima kasih lah akak yer....Ketika itu berlaku di Alamanda dan KLCC...Syukur...Ada juga mereka yang terus menjadi peminat Along & Angah...Yang mana kebetulan membawa anak kembar mereka turut tidak ketinggalan untuk bergambar kenang-kenangan bersama Along dan Angah....



Setelah 3 dekad mengharungi kehidupan, PH mengecapi kebahagiaan juga, itupun setelah banyak perkara-perkara pahit yang terpaksa ditelan mentah-mentah...Peritnya masih terasa sehingga sekarang...namun kehidupan mesti diteruskan....Tak guna kita nak mengeluh dan mengadu domba dugaan yang Allah beri....Kini, barulah PH faham, untuk mendapatkan kebahagiaan, kitalah yang wajib mencarinya...Bukan menunggu kebahagiaan itu datang bergolek....Kena rasa susah dulu, barulah kita akan senang kemudian....



Kesenangan yang PH kecapi sekarang bukanlah bermaksud PH dah kaya raya atau menjadi jutawan...Bagi PH, kebahagiaan jiwa PH telah temuinya...Duit bukanlah segalanya, tetapi pada masa yang sama PH akui bahawa segalanya memerlukan duit....Jadi, PH wajib berusaha untuk memperolehi kehidupan yang lebih hebat dari yang ada sekarang....Cuma, bermacam-macam rintangan yang perlu PH hadapi...Sebagai seorang suami dan bapa, banyak tanggungjawab di bahu ini....Kesabaran adalah tunjang yang paling utama...


Segala perkara pahit yang berlaku dalam hidup kita adalah guru kepada kehidupan...Kalau tak langgar dinding, kita tidak akan tahu tahap kesakitannya....Maka, kalau kita dah langgar dinding dan tahu kesakitannya Insyaallah kita akan maju setapak lagi ke hadapan dengan tidak mengulangi kesilapan yang lalu...
Ibubapa juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan...Maka, kesilapan ibubabapa yang mendidik kita haruslah dijadikan sempadan dan pedoman...Tujuannya adalah supaya kita tidak mengulangi kesilapan itu kepada zuriat kita....Macam yang PH bagitahu tadi, kalau kita tak langgar dinding, kita tak akan tahu sakitnya macamana...Bila dah tahu betapa sakitnya ia, takkan kita nak langgar dinding lagi kan...? hehehehe


Hidup ini adalah satu perjuangan yang akan berakhir...Kita kena ingat hidup kita ni untuk siapa...? Kita berjuang untuk siapa...? Kalau kita tidak mahu berjuang untuk diri sendiri, tetapi sekurang-kurangnya berjuanglah untuk zuriat dan keturunan kita....PH tak dilahirkan di dalam keluarga yang kaya dan senang...Ayah PH bukannya Dato' dan ibu PH bukannya Datin Seri....PH tidak dibesarkan di dalam rumah banglo dan berkereta mewah, sebaliknya hanya dibesarkan di kawasan flat dan kereta pun macam besi buruk......Namun, dengan roh ini PH bertekad akan membesarkan anak-anak PH di dalam keadaan yang cukup serba serbi...PH mahukan sepeninggalan PH nanti, waris-waris PH akan mewarisi harta dari titik peluh PH sendiri...Untuk roh yang menulis entri ini, PH bertekad untuk berjuang untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat...PH yakin kalian juga mempunyai perjuangan hidup yang sama dengan PH....Teruskanlah perjuangan hidup ini walau sehebat manapun badai yang melanda....Teruskanlah perjuangan dengan penuh percaya bahawa akan ada sinar di akhir kehidupan kita nanti...Mudah-mudah pemergian kita nanti akan diingati sampai bila-bila...Aminnn...


P/S :
Seribu batu perjalanan bermula dengan hanya satu langkah...Tulislah kejayaan anda dengan tangan sendiri...Jangan terlalu mengharapkan orang lain...
Kejayaan Adalah Di Tangan Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terdahulu

Share & Enjoy

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More