Thursday, April 9, 2015

Sayang kalau mak ayah tak dapat tengok anak-anak membesar depan mata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua...

Hari Sabtu yang lepas PH bawak si kembar jenjalan kat Metro Point Kajang..Ye lah, asyik kerja jer kan...?? So nak hilangkan semak2 kat kepala ni PH dan MH memang selalu luangkan masa bersiar-siar dengan anak-anak...Sayang kalau masa anak membesar depan mata berlalu macam tu jer...Sebaik-baiknya kita sebagai mak bapak ni kena luangkan masa kat anak-anak walau sibuk macamana sekalipun...

Macam-macam kitorang main kat sana...Kitorang main tembak-tembak bola getah pakai meriam menan...Along dengan Angah yang tembak PH bertubi2 pastu PH buat2 mati kena tembak...Kitorang main nyorok-nyorok pastu main kejar2...Bila dah penat kitorang main tanam2....


Lepas tu si Angah pulak jumpa satu permainan ni...Dia panggil PH :

"Ayah...!!! Ayah...!!! Jom kita main benda ni....!!!"

PH pun pergi kat Angah nak tengok permainan tu..Rupa-rupanya mainan ala2 Flying Fox...Huh...!! Ini sudah bagus...!!! Barula ada adventure...hehehe

Mula-mula PH si kembar yang main...Si Along ni penggayat orangnya...Jadi PH pulak yang kena 'chunk' dia kat belakang PH masa main Flying Fox tu...Tapi lepas tu rasa syok puleekkk...Hmmm apalagi PH pun hentam la main banyak kali bendalah tu...MH dah malu dah...Tapi lepas tu dia gelak guling-guling sampai keras perut dia yang dah besar tu...hehehehe...Maklumlah tengah hamil baby yang ketiga...

"Dah la bang...!! Tak malu ke orang semua tengok...!!"

PH pedulik apa..PH main jugak..Si kembar gelak terkekek-kekek....


Ni videonya...


Ni cerita Sabtu lepas...Teman si kembar main kat FunKidz Metro Point Kajang...Last2 bapaknya pon join...
Posted by ‎كKembarك Fan Club‎ on Wednesday, April 8, 2015


Mak ayah budak-budak lain perati jer kelaku PH layan si kembar...Ada yang tersenyum pastu tergelak tengok PH main benda tu...Dekat dua jam PH dan MH teman si kembar kat taman permainan tu...Lepas tu kitorang pergi makan eskem ( aiskrim )...

Pada keesokan harinya, Along mulai demam...Pada mulanya demam tu biasa-biasa jer...Tapi pada malamnya suhu badan jadi makin panas...Apalagi PH dan MH terus bawak Along pergi ke klinik...Takut nanti jadi lain pulak...Sebelum pergi klinik, PH sempat singgah ke Tesco Semenyih kejap takut tutup sebab nak beli makanan untuk budak2 bulus kat rumah...Masa naik eskalator tu, kitorang lalu kat depan sebuah kedai yang menjual permainan elektronik akak kedai jual game...PH tengok dari jauh Along perati jer game kat showcase...PH pun tanya Along :

"Along nak game ke...??"

Along angguk kepala lemah sebab demam...PH pun ajak MH berpatah balik ke kedai game tu...Last2 beli jugak ler asalkan Along hepi...Masa baru dapat game tu terus tegak kepala dia...

"Kalau ayah belikan game Along demam lagi tak..?? ( PH sajer jer tanya )

"Tak lah...Along dah sihat dah...!!" sambil mengukir senyuman...Subhanallah...Suka PH tengok senyuman tawar Along yang tengah demam tu...Bahagia rasa hati bila tengok anak senyum macam tu...Tapi ye lah...!! Kena beli game tu dabel sebab anak pun dabel...huhuhuhu


Lepas selesai beli makanan kucing dan makanan Jojo Kepsi and the gang, kitorang pun pergi ke Klinik Dinamik kat sebelah Tesco Semenyih tu...Alhamdulillah tiada pesakit masa kitorang datang tu..Tak payah nak tunggu giliran...Terus jer masuk bilik jumpa doktor...Semuanya dipermudahkan olehNya...Gambar kat bawah sebelah kanan tu PH tengah khusyuk bukak FB baca berita2 semasa....

Tak sampai 5 minit menunggu, nama Along dipanggil oleh misi...Masa doktor periksa Along, suhu badannya mencecah 39 darjah Celcius..."Tinggi suhu badan dia ni..." kata doktor...Along diberi ubat antibiotik dan ubat demam...


Tapi si ketul yang sorang lagi ni macam takde apa jer...Siap main game lagi kat katil pesakit...Senang betul hati dia...MH gelak terkekek masa ambik gambar curik ni...hahahaha



Lepas selesai urusan di klinik, PH bawak si kembar pergi makan kat kedai mamak...So Along boleh terus makan ubat...Tapi Along makan roti telur tu tak habis lepas tu dia tertidur...Alahai kesian pulak PH tengok dia...Memang sayu hati kalau tengok budak-budak demam...Teringat pula bagaimana kedua orang tua menjaga PH sakit masa kecik dulu...Terkenang jasa mereka yang tiada galang gantinya...


Keesokan harinya pula PH menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja pula...Ada mesyuarat penting yang dipengerusikan oleh HOD Sime Darby berkenaan projek perumahan yang sudah hampir tiba tempoh penyerahan kunci kepada pembeli...Masa tengah meeting tu, sambil2 tu PH wasap MH bertanyakan keadaan Along...Hati memang tak senang masa meeting tu...MH reply dia kata Along okay jer...Syukur...


Di saat entri ini ditaip ( jam 3.39 am ) , demam Along sudah mulai kebah sedikit...


Nota PH :

Hidup ini jangan leka...Masa yang berlalu tidak akan kembali walaupun sesaat...Justeru itu, sama-samalah kita manfaat masa yang diberi PERCUMA ini untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah...

Bagi PH sendiri, memang tidak dinafikan setiap orang ada kesibukan yang tersendiri...Namun usah biarkan diri hanyut diperdaya kesibukan dunia...Kalau ada sahabat-sahabat lama tu, rajin2 lah roger atau jumpa mereka...

PH bersama sahabat lama Elly ( kumpulan Axls )

Penuhkan masa dengan pengisian-pengisian yang positif dengan cara hidup berpersatuan...Gunakan bakat dan kebolehan yang kita ada untuk berbakti kepada orang lain mahupun haiwan juga...Hidup berpersatuan mampu menghindari kita dari bersikap anti sosial dan belajar menerima pendapat dari orang lain...Perasaan merendah diri akan wujud dan mampu mendidik kita untuk menjadi seorang 'leader' yang berkaliber dan dihormati...Ia juga mendidik kita untuk menghargai masa dan mempelajari adab serta disiplin...Hidup berpersatuan mempunyai salur protokol yang perlu dipatuhi, bukan main redah ajer...


Hiduplah dengan cara bermasyarakat dan saling hormat menghormati antara satu sama lain...Dan kesemua ini perlu bermula dari rumah dulu...Dahulukan keluarga walau apa jua kesibukan yang mendatang...

Terima kasih kerana sudi membaca...

Friday, February 6, 2015

Kembar siam luarbiasa yang bertahan dengan satu otak

Si Kembar Siam Luar Biasa yang Bertahan dengan Satu Otak

Vancouver, Kanada,Anak kembar yang terlahir normal akan memiliki dua tubuh dengan masing-masing organ. Tapi sepasang anak kembar siam yang luar biasa asal Vancouver, Kanda, harus berbagi satu otak untuk dapat melihat dunia.

Tatiana dan Krista Hogan adalah kembar siam yang unik, kedua balita ini harus berbagi satu otak dan dapat tetap tumbuh hingga berusia tiga tahun.

Kembar siam yang Tatiana dan Krista alami begitu rumit, sehingga tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Meskipun punya satu otak, keluarga mengatakan bahwa balita kembar siam tersebut memiliki kemampuan khusus yaitu koneksi neurologis (saraf). Hal ini membuatnya dapat melihat melalui mata masing-masing.

Walaupun ini bukanlah kondisi yang normal dan tidak biasa, kedua balita usia tiga tahun ini selalu dikelilingi dengan kebahagiaan. Dan meskipun Tatiana dan Krista bergerak bersama, balita-balita tersebut tidaklah selalu sependapat dengan jalan yang akan dilalui, dan ini sering menjadi masalah.

Kasus kembar siam yang luar biasa ini cukup mencengangkan bagi dunia kedokteran. "Menurut data, balita kembar ini adalah satu-satunya yang memiliki koneksi neurologis umum," ujar Dr Doug Cochrane, seorang ahli saraf pediatrik kembar, seperti dilansir dari Dailymail, Sabtu (19/6/2010).

Dr Cochrane mengungkap, thalami (bagian dari garis tengah struktur simetris dalam otak) pada kedua balita tersebut saling terhubung lewat sebuah koneksi saraf yang disebut thalamus, sehingga tidak mungkin dipisahkan.

Adanya jembatan dari jaringan neural, benar-benar membuat kembar siam ini begitu unik. Felicia Hogan, ibu si balita kembar percaya bahwa koneksi saraf tersebut memberinya anak kembar yang menakjubkan.

Tatiana, yang lebih kecil dari keduanya, memiliki hati yang lebih besar dan sebenarnya memompa banyak darah Krista ke otaknya.

"Mereka berbagi banyak hal yang tidak mungkin dilakukan oleh anak kembar normal. Mereka memiliki kemampuan khusus untuk melihat satu sama lain, melihat hal yang sama dimanapun dan kapanpun melalui mata masing-masing," jelas Felicia.



http://us.health.detik.com

Thursday, February 5, 2015

Nukilan Menyayat Hati Dari Seorang Ibu Yang Kehilangan Bayi Kembar Buat Selama-Lamanya

Hari ini PH tergerak untuk menjenguk page group Dianugerahkan Kembar. Dah lama PH menjadi silent reader untuk group ini semenjak PH di'invite' oleh pengendali group ini.

Pagi ini jari PH terhenti scroll handphone apabila terbaca satu nukilan yang sangat menyayat hati dari nukilan seorang ibu yang kehilangan kedua-dua bayi kembarnya semasa bayi itu dilahirkan. Nukilan tersebut telah dimuatnaik oleh Pn. Idayu Syuhada di page group Dianugerahkan Kembar. Hampir jatuh air mata lelaki PH setelah membacanya. Namun, kita perlu akur bahawa perancangan kita kadangkala tidak sama dengan perancangan Allah SAW. Kesemua yang berlaku ada hikmahnya yang tersirat. Sama-samalah kita ambil iktibar dari kisah ini dan kepada Pn Idayu Syuhada serta suami, PH sangat kagum dengan ketabahan kalian berdua di dalam menempuh ujian berat ini. Berikut adalah nukilan dari Pn Idayu Syuhada.


"Selama ni ayu hanya menjadi silent reader di sini. membaca cerita2 mengenai si kembar...membelek gambar2 si kembar...cukup membuatkan ayu tersenyum dan ketawa sendiri. kadang2 ayu melayan group ni sehingga lewat malam..'like' cerita dan gambar yg si post kan di sini...hanya utk melepaskan rindu ayu pada si kembar ayu.

seseorg bertanya..."ayu...join la group dianugerahkan kembar..nnt along approved". dan jawapan ayu..."boleh ke along....kembar ayu dah xd.." lelaki yg ayu kenali sbg along...sekali lagi berkata..."ayu juga dianugerahkan kembar..."

ya...ayu juga dianugerahkan kembar. pernah dianugerahkan kembar.dipinjamkan kembar..hanya utk beberapa jam selepas dilahirkan. ayu juga pernah merasa punya anak kembar..walau hanya utk bbrp jam. ayu juga pnh menikmati indahnya saat memeluk dan mencium kembar..walaupun hanya di saat mereka sudah kaku dan tdk bernyawa.

2 disember 2011...tarikh keramat yg tdk akan ayu lupakan smp akhir hayat. kerana pada hari itulah ayu dianugerahkan dua bidadari syurga yg akan setia menunggu ibu di sana. hari itulah ayu bertarung nyawa antara hidup dan mati kerana komplikasi yg dialami.

semasa usia kandungan 5 bulan, doktor mengesahkan yg salah seorg kembar tdk sihat. buah pinggangnya tdk berfungsi. keadaannya sedikit membengkak berbanding yg sorg lagi. stress...risau...susah hati...membuatkan ayu mengalami contraction awal. ayu dimasukkan ke hospital selama 2 bulan...hanya berbaring di katil...menunggu waktu yg sesuai utk melahirkan kembar. drip anti contraction sentiasa dipasang...bagi mengawal contraction ayu yg datang setiap hari. dan setiap kali contraction terlalu kuat..injection akan diberikan. 2 bulan terbaring di hospital cukup menyeksakan..namun demi si kembar, ayu sanggup. usahkan 2 bulan..2 tahun pun ibu sanggup asalkan anak2 ibu selamat.

malam jumaat..1 disember 2011..ayu mula mengalami komplikasi kesan drp drip anti contraction yg ayu ambil selama 2 bulan. jantung ayu mula tdk stabil. sakitnya dada di saat menarik nafas. badan mula berpeluh...dan kaki mula kebas hgga ke lutut. malam itu...5 org jururawat termasuk seorg midwife berkampung di bilik ayu. bermacam mesin dipasang...suami dihubungi..doktor dipanggil. patient kritikal...kata mereka. dan ayu....separuh sedar. antara dengar dgn tidak..antara nampak dgn tidak. suasana ketika itu sggh merimaskan ayu. ayu juga mengalami gangguan dr makhluk halus yg dtg mengambil kesempatan ketika keadaan badan dan mental yg lemah. bermacam jelmaan dtg..bermacam suara kedengaran silih berganti. ayu...kau mesti kuat!!!

disebabkan jantung yg mula tdk stabil, drip anti contraction terpaksa dihentikan. bantuan oksigen diberikan...namun blm mampu utk membuatkan ayu selesa bernafas. jururawat di sisi sentiasa mengingatkan ayu utk mengucap dan stay strong. ya...ayu masih blh dengar semua tu. 

seawal jam 7 pagi 2 disember...ayu mula turun darah. dan contraction yg malamnya hanya perlahan..kini mengganas. sakitnya hanya Allah yg tahu. tdk dpt nak digambarkan. darah bertakung di katil...membuak2 macam dipam keluar. ayu disorong ke labor room. walaupun bantuan gas diberi, ia masih belum cukup utk membuatkan ayu lupa tentang kesakitan yg dtg. dan ia blm mampu membuatkan telinga ayu kabur drp mendengar perbualan cemas doktor2 dan suami.

"keadaan isteri encik kritikal. darah byk keluar. anti contraction x blh diteruskan kerana jantungnya bermasalah. jadi kami terpaksa lakukan emergency operation." kata pakar sakit puan.

"keadaan jantung dan tekanan darah isteri encik sgt bahaya utk kami berikan bius. kami terpaksa kurangkan satu dose bius..dan kemungkinan isteri encik tidak akan sedar lagi selepas itu agak tinggi. 50-50." kata pula pakar bius.

setiap kata2 itu kedengaran jelas di telinga ayu. ya allah..andai jumaat ini jumaat terakhirku...aku redha. kau selamatkanlah anak2ku.

suami mengiringi ayu ke dewan bedah dgn linangan air mata. menggigil tangannya saat menggenggam tangan ayu. menitis air matanya saat kemaafan dipohon. ayu sempat berpesan supaya menjaga anak sulung kami yg ketika itu berusia 5 tahun dgn baik...jaga kembar kita dgn sempurna...berikan didikan yg sempurna kpd anak2 kita. kerana ayu dpt rasakan yg itulah kali terakhir ayu dpt berinteraksi dgn suami.

sayup2 ayu dengar nama ayu diseru. seorg lelaki tua tersenyum memandang ayu. "tadah tangan nak..."
tadah tangan?
"pakcik nak bg hadiah.."
ayu menghulurkan tangan kanan..dan pakcik tersebut meletakkan dua batang gigi baby bertangkup..di tapak tangan ayu. ayu terpinga2.
"simpan baik2 nak. ini hadiah berharga.."
lalu ayu genggam gigi tersebut...kemas.

sebaik sahaja membuka mata...org pertama yg ayu lihat ialah suami ayu..yg sdg membaca yaasin di sebelah kanan ayu. ohhh...baru ayu tahu...rupanya pakcik tadi hanya mimpi. jam pada waktu itu sudah pukul 3 petang. lamanya ayu tidur. suami tersenyum...syukur ayang dah sedar..katanya. ayu senyum. mana anak kita?

abg dah tgk anak kita. anak kita comel. macam aqilah kecik2 dulu. hidung mancung...bulu mata lentik. mulut dia mcm ayang..jari runcing...

ayu senyum...bkn itu yg ayu mahu dgr dr suami. ayu mahu tahu di mana anak kita.entah kenapa naluri ayu mengatakan yg anak ayu dah tiada. walaupun suami tidak maklumkan..namun ayu tahu..kembar ayu sudah tiada.

bang...ayang nak tgk baby..

suami diam. tunduk....menyembunyikan air matanya.

bang..ayang tahu anak kita dah takde. ayang nak tengok..

pada awalnya jururawat tdk membenarkan..kerana ayu masih lemah katanya. namun ayu berkeras. izinkan saya tgk anak2 saya sebelum dibawa balik. saya mengandungkan mereka. saya bergadai nyawa utk mereka. izinkan saya tatap dan peluk mereka.

siapa yg mampu melawan kerasnya hati si ibu kan. akhirnya jururawat mengalah. 

kedua mereka ditolak ke katil ayu. sungguh.....saat itu tidak ada walau setitik air mata yg keluar. bahkan ayu tersenyum dan teruja melihat mereka. subhanallah....indahnya ciptaan Allah. cantiknya mereka...comelnya bidadari ibu. 

ayu pangku...ayu cium..ayu sentuh setiap inci tubuh mereka. wanginya anak2 ibu...walaupun berbalut kain putih. tidak akan ayu lupa smp bila2 wajah mereka....tdk akan ayu lupa smp bila2 wanginya bau mereka. 

abang kata...aina pergi sejam selepas dilahirkan (krn masalah buah pinggang). auni pula...mula meragam sebaik sahaja aina dikeluarkan dr incubator...dipisahkan. keadaannya merosot perlahan2... pakar baby kata...kami buntu. dia seolah2 menolak semua yg kami beri. ya...ayah faham syg. syg nak ikut kakak kan?

suami memangku auni...mengqamatkan..dan membisikkan zikir di telinganya. sayang...klu syg nak ikut kakak, syg pergilah. ayah dan ibu redha. jgn paksa diri. tggu ayah dan ibu di sana nanti ya...

sebaik sahaja ayah berbicara...auni seakan faham...dan auni pergi mengikut kakak.

nurein qasrina aina...
nurein qaisara auni...
bidadari ibu...
tunggu kami di sana ya.
pergimu hanya sementara. kelak kita akan bersua di alam yg abadi. tunggu ibu..ibu rindu nak peluk dan cium kalian berdua. ibu rindu bau itu..."







Foto ehsan : Pn. Idayu Syuhada




Monday, January 19, 2015

Dia tidur, buang air di bilik yang dikurung

BUTTERWORTH - Kanak-kanak perempuan yang diselamatkan di Sungai Dua, di sini dalam keadaan kelaparan, Khamis lalu, dipercayai dibiar tinggal bersendirian di rumah kosong tanpa bekalan elektrik dan air sejak November tahun lepas.
   
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata berdasarkan siasatan polis mendapati kanak-kanak itu dikurung di rumah
sewa lama keluarganya dan diberi makanan dan minuman sekali-sekala sahaja.

"Dia dibiar tinggal di situ bersendirian. Dia tidur, buang air besar dan kecil di bilik dia dikurung sejak November tahun lepas.
   
"Tiada sesiapa termasuk jiran di kawasan flat berkenaan yang menyedari kanak-kanak itu dikurung di rumah sewa yang sebelum ini keluarga mangsa pernah tinggal kerana tidak pernah dengar suara orang menangis atau meminta tolong serta ia gelap," katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu di Hospital Seberang Jaya, di sini, hari ini.
   
Kanak-kanak perempuan murid Tahun Satu itu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik selepas seorang guru membuat laporan polis mengesyaki sesuatu berlaku selepas dia tidak hadir ke sekolah.

Mangsa ditempatkan di wad kanak kanak Hospital Seberang Jaya.

Abdul Rahman berkata kanak-kanak itu kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Seberang Jaya dan dari segi kecederaan luaran doktor mengesahkan hanya terdapat kesan lebam dan tiada kesan kecederaan akibat didera.
  
Beliau berkata polis telah mendapat perintah lanjutan reman selama tiga hari terhadap bapa kanak-kanak itu dan polis juga telah mengambil keterangan ibu tiri kanak-kanak itu Sabtu lepas.
   
"Kertas siasatan hampir siap dan mungkin esok kami akan serah kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan selanjutnya. Mungkin kami akan dakwa Rabu ini," katanya.
   
Beliau berkata setakat ini polis masih gagal mengesan ibu kandung kanak-kanak berkenaan yang dipercayai telah pulang ke Indonesia. - Bernama

Saturday, May 12, 2012

Kalau Anak Sakit, Cepat-Cepatlah Bawa Mereka Ke Klinik

Pada 10 May lepas, PH terpaksa ambil cuti kecemasan sebab Along demam panas lepas tu semput...Mula-mula kena kat Angah, lepas tu berjangkit plak kat Along...Tapi PH memang dah agak perkara ini akan berlaku...Kalau salah seorang sakit, yang seorang lagi pun mesti sakit juga....Inilah risiko dan cabaran yang perlu ditempuh oleh mereka yang mempunyai anak kembar...
Hati mana yang tidak sedih dan pilu apabila melihat sekujur tubuh kecil batuk tak berhenti-henti...Bila ditarik nafas pun tersangkut-sangkut...Ada 'lubang' di bahagian bawah paru-parunya apabila Along menarik nafas....Ini menandakan oksigen tak cukup untuk keperluan paru-parunya...Maka, pagi itu PH terpaksa lupakan tugas...Bagi PH, kerja tu kerja juga, tetapi tanggungjawab pada keluarga mesti diutamakan walau apa jua alasan sekalipun....Gambar di bawah ni PH baru lepas lap badan Along dengan tuala basah...Panas betul badan dia...Kalau lambat boleh terkena sawan tarik ( KLIK SINI )



PH pergi ke Klinik Mewah di sebelah 7 Eleven Pekan Semenyih...Sesiapa yang tinggal di Semenyih pasti tahu klinik ini...PH pun selalu datang ke sini...Layanannya amat memuaskan...Missy dan doktor juga peramah....



Si Angah memang asyik makan jer kerja dia...Sebab tu lah perutnya asyik ke depan ajer...Kesian kat Along...Kalau kalian nak tahu, bila kami berjalan di mana-mana Si Along ni tak nak dengan PH...Angah jer yang nak dengan PH...Tapi bila Si Along ni demam atau sakit, dia pasti akan cari PH...Dia nak PH dukung dia...Lepas tu dia akan peluk PH kuat-kuat....Sejak dari kecil Si Along ni memang selalu sakit berbanding Angah...



Tak sampai 5 minit menunggu, nama Along dipanggil oleh Missy...Doktor yang merawat ialah Dr Selvaraj...Beliau adalah seorang pakar kanak-kanak dan amat bersopan santun melayani pesakit-pesakitnya....



Sebaik sahaja Dr Selvaraj melihat keadaan Along, cepat-cepat dia menyuruh Missy membawa Along sedut gas....



Gambar ni Si Angah yang ambil...Dia main-main henpon PH...Kat dalam bilik rawatan tu pun boleh makan lagi...Adehhhh



Ni video keletah Si Along masa tengah sedut gas...kesian kan...? hehehe...Sama macam kita kecik-kecik dulu...Begitulah ibubapa kita menjaga kita...


Lepas gas dah habis, Dr Selvaraj pun datang untuk memeriksa keadaan Along...Panas demamnya mencecah 38 Darjah...Dr Selvaraj dah bagi Along 'ubat peluru' yang dimasukkan melalui dubur....Untuk kanak-kanak, suhu sebegini memang boleh kena sawan dah...Tak sanggup PH nak ingat kembali peristiwa si kembar ni kena sawan....Bukannya apa, kesian....



Alhamdulillah, pada keesokan harinya Si Along dah mula tersenyum....PH pun senang hati untuk memulakan tugas semula....


PH sempat membeli ubat cacing untuk budak-budak ni...PH pun bedal sekali...Asyik dewormed kucing jer, terlupa plak nak dewormed diri sendiri....hehehehe


Nota PH :
Kalau anak sakit, cepat-cepatlah bawa pergi ke klinik...Sekarang ni banyak penyakit yang bukan-bukan....Selain dari tanggungjawab menjaga kucing, sebenarnya masih ada banyak lagi tanggungjawab yang LEBIH PENTING yang perlu kita galas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terdahulu

Share & Enjoy

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More