http://gengkembar.blogspot.com/

Wednesday, April 6, 2011

Jangan Kedekut dan Berkira Dengan Anak-Anak Kita

Baru-baru ni PH bawak budak-budak ni ke KFC...adehhh...letih melayannya...Rumah Orang Tua Pakai Cermin Mata ni memang tempat kesukaan Along & Angah....Sampai jer kat KFC tu, suka betul dia...Lapang rasa hati bila melihatnya...Biasalah, nama pun budak...sama jer masa kita tecit2 dulu kan..? Malah ada yang lebih teruk kot...he he ..


Si kembar ni kalau makan memang berselera betul...Selagi ada hayat, sebagai bapa PH sentiasa cuba bagi yang terbaik buat mereka... Hidup hanya sekali jer kak...he he 




Alhamdulillah, sejak dari mula saat perkenalan kami masih bercinta setiap hari sehingga sekarang...Ombak badai yang melanda kami selesaikan secepat mungkin....


Menu malam tu macam biasa....


Blog ini memang untuk mereka..Bila mereka dah besar, segala entri yang sarat di dalam ni mengenai kehidupan mereka semasa kecil akan menjadi sesuatu yang amat berharga...Kalau PH dah tiada satu hari nanti, mereka akan kenang PH sampai bila-bila....


Muka Angah memang lebar sikit dari Along...biasa la, chubby la katakan....Perut pun dah makin ke depan...alahai...Along maintain slim...


Along memang pandai posing kalau bergambar...Pandai buat muka sombong dan serius...


Kalau Angah, PH paling suka snap gambar kandid sebab macam-macam kelaku yang dia buat...adehhh...


P/S :
Jangan kedekut dan berkira bab beli mainan dan makanan untuk anak-anak kita...What we give, we will get back...Insyaallah...


Saturday, April 2, 2011

Reward Family Anda...Dan Bercintalah Setiap Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera...dah lama juga PH tak update cerita pasal Along & Angah ni...hmmm...Banyak betul cerita-cerita dan perkembangan terkini mereka yang lucu yang tak sempat PH nak kongsi di sini...Insyaallah PH akan update dari masa ke semasa...

Untuk entri kali ni, PH nak kongsi tentang cerita anak-anak...Ramai orang tak sabar menanti kelahiran cahaya mata...Tak kurang juga ada yang takut untuk menerima mereka ( bukan bermaksud tak mahu anak langsung kan? )....PH juga begitu..kerisauan menerima anak pertama tak dapat PH elakkan...Lebih-lebih lagi apabila mengetahui yang MH bakal melahirkan anak kembar...Yang paling merisaukan PH adalah nyawa MH...Alhamdulillah, sehingga kini MH berada dalam keadaan sihat...

Bila nak diingatkan mengenai cara hidup PH masa bujang dan selepas menjadi bapa, kehidupan PH memang berubah 1000%...PH menjadi lebih berhati-hati di dalam membuat keputusan dan lebih banyak berfikir secara 'backward'..Ini mengajar PH menjadi seorang yang optimis...Barulah PH dapat rasa betapa gembiranya dapat membelikan mainan untuk anak sendiri...Sesungguhnya, pemberian kita yang kecil kepada mereka nilainya adalah besar bagi mereka...

Kesibukan tugas bukanlah alasan untuk kita menidakkan waktu bersama keluarga...Semua orang sibuk tetapi bagaimana mereka boleh meluangkan waktu bersama keluarga dan kenapa kita tak boleh?

Pemberian yang kita nak beri kepada anak-anak tak perlu yang mahal-mahal..Cukup dengan kadar kemampuan kita...Tapi kalau nak beli yang mahal, apa salahnya kan..? Semalam MH belikan Along & Angah mainan Barbie Doll...Harganya dalam lingkungan RM15..murah jer..Tapi cuba tengok wajah kegembiraan mereka tu...Besar je bijik mata kan...? PH pula belikan mereka keyboard ( alat muzik ) siap dengan mikrofon...Pengalaman PH sebagai bekas pemuzik, ianya amat penting dalam membentuk minda dan pemfokusan terhadap sesuatu perkara selain dari membina 'personal developement'... 


Cuba ingat balik bagaimana perasaan kita masa kecil-kecil dulu ketika menerima hadiah dan mainan dari ibubapa kita...? Ingat tak bagaimana kita terkinja-kinja kat Yaohan, Sungei Wang, Chow Kit, Hankyu Jaya, Ocean, Emporium dan sebagainya? Adehh...Namun segalanya tinggal memori...


setiap kali PH keluar dengan family, PH memang selalu bagi Along & Angah naik 'horse ride' ni...Kalau kat Alamanda, PH selalu bagi mereka naik 'Marie Go Round' kat depan Carrefour tu...Gambar kat bawah ni adalah Along..


Gambar kat bawah ni pula adalah Angah...Angah agak 'kecut' sikit dari Along...



Sebagai ibubapa, perkara sebegini amat penting dalam memupuk semangat kekeluargaan..Modal cuma RM0.50sen jer untuk setiap satu mesin hiburan, tapi nilainya lebih dari itu...Tak ternilai dengan wang ringgit...




Untuk bahagian pasangan ibubapa pula, bumi mana yang tak ditimpa hujan...Laut mana yang tak bergelora...Setiap pertelingkahan dan pertikaian adalah asam garam dalam melayari rumah tangga...Kalau 'piling' tak kuat, memang hancur rumah tangga sebagai mana hancurnya rumah tangga ibubapa PH...Hancur setelah 19 tahun rumah tangga dibina...Tetapi, PH sedar bahawa setiap perkara yang buruk sebenarnya mewujudkan satu petanda positif untuk 'personal developement' kita....


PH juga tak terkecuali dari menerima pelbagai permasalahan rumah tangga...tetapi Alhamdulillah, sepanjang 5 tahun ( bulan 8 ni genap 6 tahun ) kami berkahwin, setiap pertelingkahan berjaya diselesaikan tak kurang dari 1 jam..paling cepat, 5 minit dah setel...Apa yang menyebabkan perkara buruk menjadi melarat ialah emosi, amarah dan ego...Sebenarnya, PH banyak belajar dari orang-orang yang berpengalaman dan selalu bertanya bagaimana nak mengatasi pertelingkahan dengan pasangan...Alhamdulillah, setelah PH amalkan ianya amat berhasil...Emosi amarah adalah bisikan dari syaitan....Salah satu cara untuk memangkin perasaan amarah ialah dengan mengawal pernafasan dan beristighfar....Selain itu, kalau dilihat kehidupan PH & MH setiap hari adalah ibarat pasangan yang sedang hangat bercinta...Tak segan PH nyatakan di sini bahawa kami bercinta setiap hari....Keluar ke mana-mana, kami berpimpinan tangan dan kadang-kadang PH berikan 'surprise factor' kat MH iaitu kucup dahinya di depan khalayak ramai...Tak perlu malu dalam soal ni...Kita kan dah ada hubungan yang sah, betul tak..? Reward pasangan anda yang banyak membantu kejayaan anda sebenarnya... 


P/S :
Bagi anda yang belum mendirikan rumah tangga tetapi dah ada steady partner, Go ajer...jangan tunggu lama-lama...Cepat kahwin, cepatlah dapat anak...he he 

dan kini

barulah PH tahu langit tu tinggi atau rendah...


Tuesday, November 30, 2010

Ketahui Risiko Kandungan Kembar

SESETENGAH ibu mungkin akan terkejut dan rasa kurang percaya apabila doktor mengatakan kandungan mereka kembar.

Mungkin ramai ibu suka dan amat berharap dikurniakan kandungan kembar. Mereka ini mungkin berpendapat bahawa hanya dengan sekali mengandung tetapi dapat melahirkan dua orang cahaya mata.

Walau apa pun pendapat dan tanggapan mereka, bagi doktor semua kandungan kembar adalah kandungan yang berisiko tinggi.

Kandungan kembar boleh membawa kepada banyak komplikasi. Secara umumnya lebih banyak janin yang dikandung seperti kembar empat atau kembar lapan, maka lebih tinggi kematian dan morbiditi terhadap bayi dan ibu.



( gambar hiasan )

Kadar kandungan kembar di kalangan penduduk kulit hitam adalah lebih tinggi berbanding penduduk kulit putih dan orang Asia.

Secara kasar insiden kembar di kalangan wanita kulit putih adalah 1 dalam 100 kelahiran, wanita kulit hitam pula, 1 dalam 79 kelahiran dan wanita Asia 1 dalam 155 kelahiran.

Dengan adanya mesin ultrasound, kandungan kembar dapat dikesan pada peringkat awal. Selain itu maklumat lain seperti bilangan kembar, jenis kembar, kandungan air mentuban dan kedudukan uri dapat diketahui secara terperinci. 



 ( gambar hiasan )

Kecacatan kongenital juga dapat dikesan dengan terperinci menggunakan mesin ultrasound.

Ini membolehkan pengendalian kes kembar dibuat dengan lebih baik dan teratur.

Salah satu faktor yang menyebabkan kadar kembar semakin tinggi kini ialah penggunaan ubat-ubatan untuk rawatan ketidaksuburan di kalangan wanita. Ini termasuklah pengambilan pil subur (clomiphene citrate) iaitu rawatan yang sering digunakan untuk merangsang pengeluaran ova (telur) dari kilang telur atau ovari.




( gambar hiasan )


Jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada waktu subur kandungan kembar mungkin akan terjadi. Penggunaan teknik canggih seperti IVF serta penggunaan suntikan (gonnadotrophin) untuk ovulasi juga boleh mengakibatkan kadar kandungan kembar yang tinggi.

Kandungan kembar boleh dibahagikan kepada dua jenis.

Kembar seiras (Identical twin atau monozygotic twin)

Ia melibatkan belahan (division) pada hanya satu ova yang telah disenyawakan kepada dua embrio. Waktu berlakunya belahan tersebut adalah sangat penting kerana ia boleh menentukan sama ada kandungan kembar itu berkongsi satu uri atau mempunyai uri masing-masing.

Jenis-jenis kembar seiras adalah seperti:


a) Diamniotic dichorionic monozygotic twin

Ia terjadi apabila belahan berlaku dalam masa 72 jam selepas persenyawaan.

Jenis kembar ini mempunyai uri dan sarung berasingan. Insiden berlakunya kembar ini adalah 30 peratus.

Kematian kandungan kembar ini adalah paling rendah sekali iaitu 9 peratus berbanding jenis kembar yang lain.


b) Diamniotic monochorionic twin

Ia terjadi jika belahan berlaku dalam masa empat hingga lapan hari selepas persenyawaan.

Kembar jenis ini berkongsi satu uri tetapi mempunyai dua sarung berasingan. Insiden berlakunya kembar jenis ini adalah paling tinggi iaitu 68 peratus. Kematiannya pula adalah sebanyak 25 peratus.


c) Monozygotic monochorionic twin

Ia berlaku apabila belahan terjadi pada hari kelapan atau lebih. Insiden kembar jenis ini cuma dua peratus sahaja.

Ia mencatatkan kematian yang tertinggi iaitu 50 peratus.

Kematian janin biasanya berlaku apabila tali pusat berbelit atau akibat daripada twin transfusion.


d) Conjoined twin

Ia berlaku apabila belahan terjadi selepas pembentukan disc embrio. Insiden kembar sebegini cuma satu dalam 60,000 kelahiran.


e) Kembar tidak seiras (Fraternal twin atau dizygotic twin)

Ia melibatkan persenyawaan dua ova yang berlainan. Persenyawaan boleh berlaku pada kitaran haid yang sama atau kitaran haid yang berlainan. Kembar ini boleh mempunyai jantina yang berlainan dan uri yang berasingan.


Masalah-masalah atau risiko-risiko yang sering dikaitkan dengan kandungan kembar adalah seperti di bawah:

* Kelahiran pramatang (Premature delivery).

Hampir 50 peratus daripada kembar dilahirkan dengan berat badan yang rendah dan antara 22 dan 54 peratus adalah pramatang.




( gambar hiasan )

Faktor pramatang inilah menjadi penyebab utama mortaliti dan morbiditi dalam kandungan kembar.

* Pertumbuhan janin yang terencat (intrauterine growth retardation). Pembesaran yang tidak simetri boleh berlaku dalam kadar 15 peratus hingga 30 peratus. Ia berlaku akibat bekalan darah yang terganggu terutama jika janin berkongsi uri. Ini sering terjadi di kalangan kembar jenis monozygotic.

* Kematian perinatal (perinatal mortality). Ia boleh terjadi dalam anggaran 10-15 peratus iaitu lebih kurang 3-11 kali lebih kerap berbanding dengan kandungan single. Kematian ini adalah berpunca daripada pramatang, kecacatan kongenital, twin transfusion syndrome dan trauma kelahiran.

* Keguguran (abortion). Masalah ini boleh terjadi dua kali lebih kerap di kalangan kandungan kembar berbanding dengan kandungan single.


* Kecacatan kongenital (congenital malformation). Ia dikatakan dua kali lebih kerap terjadi di kalangan kandungan kembar berbanding dengan kandungan single. Masalah ini adalah lebih kerap dilihat pada pasangan monozygotic.

* Darah tinggi semasa mengandung (pregnancy induced hypertension) dikatakan sering terjadi antara tiga hingga lima kali ganda lebih pada kandungan kembar.

* Anaemia yang disebabkan kekurangan zat besi adalah jauh lebih kerap terjadi pada kandungan kembar berbanding dengan kandungan single.

* Kandungan mentuban yang banyak (polyhydramnios). Ini juga adalah satu masalah yang sering terjadi pada kandungan kembar terutama sekali di kalangan kembar jenis monozygotic.

* Kedudukan bayi yang normal (malposition). Jika kedudukan bayi itu melintang atau menyongsang, kelahiran secara pembedahan Caesarean harus dilakukan. Ada kalanya pembedahan Caesarean juga dilakukan untuk kelahiran kembar kedua jika menghadapi masalah.

* Birth asphyxia atau neonatal depression. Masalah ini biasanya dikaitkan dengan pramatang ataupun masalah-masalah yang timbul sewaktu kelahiran.

* Placenta previa (kedudukan uri bawah) juga dikatakan sering terjadi pada kandungan kembar.

* Uri lekang (abruptio placenta). Masalah ini ada kalanya dilihat selepas kelahiran kembar yang pertama. Ini dikatakan terjadi disebabkan oleh decompression secara mendadak pada rahim.

Di sebabkan komplikasi-komplikasi inilah maka kandungan kembar dikategorikan sebagai kandungan yang berisiko tinggi. Oleh itu kandungan kembar memerlukan penjagaan antenatal yang lebih teliti dan lebih kerap.

Komplikasi-komplikasi yang mungkin timbul bukan hanya di peringkat antenatal malah sewaktu bersalin dan juga selepas bersalin.



Oleh Dr. Suraya Arshad A.M.Z.
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G) KSH_kuantan@hotmail.com

Petua dan Tips Untuk Mendapat Anak Kembar

Kalau ditanya semua bakal-bakal ibu di dunia ini, 99.9% akan mengatakan inginkan anak kembar...betul tak....? Bagi pengalaman PH sendiri, PH pun tak sangka mendapat anak kembar kerana keturunan sebelah PH memang tiada kembar...Sekarang ni, PH dah pecah tradisi....Cuma apa yang PH ingin kongsikan di sini beberapa insiden yang berlaku sebelum MH ( Mama Hero ) mengandungkan anak kembar...




1 ) Semenjak dari kecil sehinggalah di saat PH bernikah, PH banyak menghadapi masalah dan tekanan hidup. Pelbagai dugaan yang PH alami sehingga ada salah seorang ustaz mengatakan bahawa masalah PH adalah Satu dalam Sejuta...Beliau tidak pernah mendengar masalah seperti yang PH alami..Bukan nak kata tak ada bahagia langsung, cuma PH boleh katakan di sini 80% masalah dan selebihnya bahagia / gembira. Alhamdulillah, segala kepayahan yang PH alami rupa-rupanya adalah persiapan diri untuk membela anak kembar. Allah telah menguji PH sejak kecil lagi untuk jangka panjang.


2 ) PH selalu berbuat baik pada haiwan. Sejak kecil, PH memang sinonim dengan haiwan khususnya kucing. Segala cerita-cerita kartun, animasi atau filem yang berkaitan dengan haiwan amat PH gemari.


3 ) Setelah setahun lebih, PH masih belum dikurniakan anak. Apa yang PH buat ialah berdoa. Doa yang tak pernah putus-putus. PH juga selalu berdoa memohon dikurniakan anak ketika Doa Antara Dua Khutbah ketika sembahyang Jumaat. Tapi masa tu PH tak terfikir nak memohon dikurniakan anak kembar.


4 ) PH selalu mengalami stress di tempat kerja tetapi apabila sampai di rumah, segala tekanan di tempat kerja PH tinggalkan di luar pintu rumah. Tapi kadang-kadang ada juga terbawa masuk ke dalam rumah.


5 ) Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan lagi suami isteri. Adat berumah tangga, pastinya akan berlaku pertengkaran sang suami dan sang isteri. PH dan MH juga tak terlepas dari pertengkaran. Inilah dugaan yang terhebat yang PH alami sebelum rahim MH ditiupi roh si kembar. Sekiranya PH gagal bab ini, bagaimana PH nak bela si kembar tu plak nanti....? Tak adil untuk mereka. Namun, setiap pertengkaran kami akan segera diselesaikan. Paling lama kami bertengkar ialah selama 1 jam sahaja. Tak pernah lebih dari itu. paling cepat ialah 10 minit. Dah 5 tahun PH berumah tangga, itulah jarak masa paling lama kami bermasam muka/ tidak bertegur sapa. Salah seorang dari kami mengamalkan sikap mengalah. Kalau bukan PH yang mengalah, MH yang akan mengalah. 



Tak guna meninggikan ego masing-masing dan memanjang-manjangkan cerita sebab kami berumah tangga atas dasar cinta dan sudah tentunya ingin berkekalan sehingga ke akhir hayat ( doakan kami yer ). Apa yang seronoknya ialah ketika aksi-aksi pujuk rayu dan 'bersama' selepas bertengkar. Ketika ini, kasih sayang masing-masing semakin menebal. Ketika inilah rasa keghairahan akan dapat dirasai lain dari yang lain. tak percaya, cubalah ( tapi untuk yang dah berkahwin jer tau ). 


6 ) Sebelum MH mengandung, PH ditemukan dengan seekor kucing jalanan yang PH namakannya Si Burn. Cerita penuhnya ada di sini ( KLIK SINI ). Di antara petanda-petanda PH dapat anak kembar ialah :


a ) Ada 2 ekor burung cantik masuk ke dalam rumah.
b ) Bermimpi pancing dapat seekor ikan besar.
c ) Bermimpi pancing dapat 2 ekor ikan emas.
d ) Setiap MH nak makan, semuanya 'double'. Teh ais, roti canai, nasi lemak semuanya 'double'.
e ) PH dan MH kerap bertengkar dan segala pertengkaran diselesaikan dengan 'happy ending'. he he he 




Jadi, berdasarkan apa yang PH kongsikan di atas, ianya adalah bergantung kepada tafsiran masing-masing. Kesemuanya adalah kisar benar, bukannya rekaan.


Kesimpulannya di sini, apabila dugaan yang melanda kita tu hebat bermakna kita bakal dianugerahi satu rahmat / rezeki yang tidak disangka-sangka. kalau kita gagal harunginya, maka kita mungkin belum layak menerima rezeki yang Allah Taala nak bagi tu. Jadi, Allah akan duga kita dengan cara yang lain pula. Selagi kita tak redha dengan masalah2 tu, selagi itulah kita belum layak menerima rezekiNya. sebab kalau kita terima sekalipun, belum tentu kita dapat memanfaatkan rezeki tersebut dengan sebaik-baiknya.


Sayangi terlebih dahulu pasangan kita, baru kita boleh sayangkan bakal anak-anak kita.

Jadi, berdasarkan keruntuhan rumah tangga ibu dan ayah PH, barulah PH nampak dan memahami kenapa Allah menduga PH sedemikian dahsyat. Rupa-rupanya, 'I'm The Chosen One" untuk menerima rezeki anak kembar.


Kepada anda yang inginkan anak kembar, PH sarankan supaya tidak terlalu taksub. Buat biasa jer tetapi perlu seiring dengan usaha anda untuk mendapatkan anak kembar. Usaha Adalah tangga kejayaan. Walupun sekelumit usaha yang kita lakukan untuk mengubah hidup, Allah akan balas setiap usaha yang kita lakukan...cuma antara CEPAT atau LAMBAT jer...Jangan kita sekali-kali berburuk sangka dengan Allah SWT.


Mintak jer :


" Ya Allah....Tuhan yang memiliki segala Keagungan , andaikata hambamu layak untuk memelihara anak kembar, Kau perkenankanlah doa ku ini...Hanya Engkaulah Pemberi Rahmat dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan..."




Selain dari itu, terdapat juga beberapa tips yang PH nak kongsi dengan anda semua. PH dapat dari Lebai Google /  ayucintakamu.blogspot.com


1.Lakukan lebih banyak solat hajat dan sunat dhuha ( dimurahkan rezeki sebab anak juga rezeki ) 


2.Amalkan doa nabi zakaria setiap kali solat dan diurut diperut bagi isteri ( Tak pastila plak doa yang mana satu )


3.Amalkan petua meningkatkan kesuburan seperti makan taugeh,makan vitamin e,pil tradisional. 


4.Dapatkan rawatan alternatif seperti kaedah homeopati atau urutan dari bidan yang pandai.


5.Usaha mendapatkan zuriat ini perlulah dibuat bersama-sama (suami isteri) jgn sebelah pihak sahaja. 


Selamat Berusaha....!!!!

Saturday, November 27, 2010

Along ngan Angah Musyuk....

Along & Angah ni memang macam ni...kalau sorang nak botol susu, yang sorang lagi pun nak jugak....kalau yang sorang nak air putih, dia pun nak sama putih juga...Bukan takat botol jer, baju spender sumer nak same....Kalau bergambar, suka buat Peace....


Along ni selalu juga tersasul sampai juling2 mata dia nak buat Peace tu...


Angah ni memang macam ni...suka skodeng papa dia...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terdahulu

Share & Enjoy

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More