MEREKA sungguh istimewa dan unik. Mereka tidak dilahirkan seorang diri, tidak juga berdua atau bertiga tetapi berempat dari satu rahim ibu.
Hati ibu bapa mana yang tidak gembira apabila menimang empat bayi sekali gus. Namun, di sebalik kegembiraan pasti sedikit sebanyak timbul rasa cuak bagaimana mahu menguruskannya - sedangkan seorang pun boleh menyebabkan rumah kelam kabut inikan pula kembar empat.
Memang jadi kebiasaan bagi anak kembar, seorang menangis pasti yang lain ikut sama. Begitu juga apabila tiba sakit atau demam, bergilir-gilir bagai diatur-atur. Semuanya ini memerlukan kesabaran, jika tidak keadaan sudah tentu akan menjadi kucar-kacir.
Begitulah pengalaman yang dilalui dan diceritakan oleh dua pasangan suami isteri yang masing-masing dianugerahkan Tuhan dengan pasangan kembar empat.
Telatah anak pasangan Syed Nurshadir Syed Ibrahim, 40, dan Saidatul Nazura Mohd Sadi, 39, Sharifah Nadira, Sharifah Nazira, Syed Nazrin dan Syed Nadzmi, yang kini berusia 6 tahun, sentiasa mencuri tumpuan orang di sekiling mereka.
Begitu juga dengan pasangan Syed Khairul Anuar Syed Ahmad, 30, dan Mastura Azman, 27, yang dikurniakan empat cahaya mata serentak, Sharifah Maisarah, Syed Ariff, Syed Khawarizmi dan Syed Khazin, yang baru berusia sembilan bulan.
Wartawan MEGA, RAHANA MD bersama jurugambar RASHID MAHFOF dan NASIRUDDIN YAZID menjejaki mereka di rumah masing-masing untuk berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak kembar empat di samping merakam aksi-aksi menarik untuk dikongsi bersama.
Kembar empat Nurshadir dan Saidatul nazura
MEREKA sungguh istimewa dan unik. Mereka tidak dilahirkan seorang diri, tidak juga berdua atau bertiga tetapi berempat dari satu rahim ibu.
Hati ibu bapa mana yang tidak gembira apabila menimang empat bayi sekali gus. Namun, di sebalik kegembiraan pasti sedikit sebanyak timbul rasa cuak bagaimana mahu menguruskannya - sedangkan seorang pun boleh menyebabkan rumah kelam kabut inikan pula kembar empat.
Memang jadi kebiasaan bagi anak kembar, seorang menangis pasti yang lain ikut sama. Begitu juga apabila tiba sakit atau demam, bergilir-gilir bagai diatur-atur. Semuanya ini memerlukan kesabaran, jika tidak keadaan sudah tentu akan menjadi kucar-kacir.
Begitulah pengalaman yang dilalui dan diceritakan oleh dua pasangan suami isteri yang masing-masing dianugerahkan Tuhan dengan pasangan kembar empat.
Telatah anak pasangan Syed Nurshadir Syed Ibrahim, 40, dan Saidatul Nazura Mohd Sadi, 39, Sharifah Nadira, Sharifah Nazira, Syed Nazrin dan Syed Nadzmi, yang kini berusia 6 tahun, sentiasa mencuri tumpuan orang di sekiling mereka.
Begitu juga dengan pasangan Syed Khairul Anuar Syed Ahmad, 30, dan Mastura Azman, 27, yang dikurniakan empat cahaya mata serentak, Sharifah Maisarah, Syed Ariff, Syed Khawarizmi dan Syed Khazin, yang baru berusia sembilan bulan.
Wartawan MEGA, RAHANA MD bersama jurugambar RASHID MAHFOF dan NASIRUDDIN YAZID menjejaki mereka di rumah masing-masing untuk berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak kembar empat di samping merakam aksi-aksi menarik untuk dikongsi bersama.
AKTIF, lasak dan cukup keletah. Itu mungkin gambaran tepat kepada empat kembar ini ketika penulis berpeluang mengunjungi rumah mereka di Shah Alam, Selangor.
Suasana riuh rendah kembar empat ini bermain, melompat dan berlari pasti menjentik perhatian orang di kelilingi mereka, apatah lagi selepas melihat wajah mereka yang seiris dengan sosok tubuh hampir sama.
Apa yang pasti kembar empat ini memang bertenaga dan sangat akrab antara satu sama lain. Mereka juga bijak dan peramah serta mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan fasih.
Keempat-empatnya bersekolah tadika di Tunas Raudah, Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam, Selangor.
Penat bermain, mereka meminta ibu menyediakan air, kemudian bermain lagi dan bila diminta memberikan aksi menarik di depan lensa kamera, semuanya teruja.
Menceritakan kembali detik-detik kehamilan kembar empat, Saidatul Nazura atau mesra dengan panggilan Zura memberitahu, beliau dan suami memilih kaedah in-vitro fertilization (IVF) selepas lapan tahun tidak dikurniakan cahaya mata secara normal.
"Selepas disahkan hamil, setiap dua minggu pemeriksaan dijalankan dan di peringkat awal, doktor memberitahu saya hamil kembar dua, kemudian diberitahu kembar tiga dan apabila kandungan dua bulan, saya diberitahu mengandung kembar empat.
"Sukar membayangkan perasaan ketika itu kerana saya bakal menjadi ibu kepada empat anak sekali gus,’’ ujarnya tersenyum
Kembar empat yang comel-comel ini dilahirkan pada 9 Januari 2001 ketika usia kandungan Zura memasuki 32 minggu.
"Sejak kandungan 23 minggu lagi saya sudah dimasukkan ke HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia).
"Perut saya besar dan apabila keempat-empatnya bergerak-gerak di dalam perut, saya sudah tidak mampu menahannya lagi,’’ katanya yang baru berhenti kerja untuk menumpukan perhatian kepada anak-anak di rumah.
Bersalin melalui pembedahan, Zura tinggal di hospital selama sebulan apabila salah seorang anak kembarnya dimasukkan ke dalam inkubator kerana tidak cukup berat.
"Berat Nazira, Nadira dan Nadzmi, 1.8 kilogram, tetapi Nazrin hanya 1.2 kilogram. Mujur juga kami tinggal agak lama di hospital sebab jika di rumah saya tentu menghadapi kesukaran menguruskan bayi yang masih kecil tanpa tunjuk ajar jururawat,’’ ujarnya
Zura dan suami, pengurus di syarikat swasta, mengaku di peringkat awal kekok dengan kehadiran orang baru.
"Selama ini kami berdua saja tetapi apabila mendapat empat anak sekali gus dengan dua orang pembantu, kelam kabut dan riuh rendah rumah dibuatnya.
"Saya sendiri pun seperti tidak percaya dengan perubahan yang kami alami. Syukur kerana suami banyak membantu.
"Mujur juga si kembar empat ini sejak kecil sentiasa sihat dan kalau sesekali dapat penyakit seperti campak dan demam jarang serentak atau berjangkit,’’ katanya.
Menceritakan tingkah laku anak-anak, Nazura mengakui agak letih menjaga keempat-empatnya yang sedang lasak tetapi tetap bersyukur dengan kurniaan-Nya.
"Walaupun dilahirkan berlainan uri mereka amat akrab dan tidak suka dipisah-pisahkan walaupun di tempat tidur.
"Seronok melihat mereka tidur berhimpit-himpit, tetapi baru-baru ini saya pisahkan antara anak lelaki dan perempuan. Mulanya mereka protes.
"Memang penat menjaga mereka tetapi daripada hari ke hari, saya teruja melihat perkembangan mereka lebih-lebih lagi sekarang ini apabila masing-masing sudah bersekolah.”
Menceritakan gelagat setiap seorang kembarnya, Zura memberitahu, Sharifah Nadira atau panggilan manjanya Sunshine dan Sharifah Nazira atau Baby, gemar berenang dan menguasai beberapa teknik selepas mendapat tunjuk ajar jurulatih di Kolam Renang Akuatik, Shah Alam.
Sementara Syed Nazrin atau Ayien gemar menonton kartun di televisyen dan Syed Nadzmi atau digelar Golfher, aktif dalam sukan golf dan pernah menyertai pertandingan.
"Walaupun dalam banyak perkara cita rasa mereka sama, tetapi selera makanan berbeza-besa. Sunshine dan Baby sukakan makanan berat seperti nasi, Ayien suka spageti dan Nadzmi gemarkan makanan Barat seperti fish & chip.
Kembar empat Syed Khairul dan Mastura
KETIKA sampai di rumah mereka yang terletak di Kampung Pasir Baru, Kuala Lumpur, hari menjelang senja namun si kembar empat mesra menyambut di hadapan pintu.
Sungguh pun berada dalam walker, masing-masing sibuk menghulur tangan.
Walaupun masih belum berjalan kerana baru berusia sembilan bulan, mereka cerdik dan cepat memberi tindak balas apabila nama dipanggil.
Menurut pasangan yang bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syed Khairul Anuar Syed Ahmad dan Mastura Azman, mereka bersyukur dikurniakan anak sulung kembar empat.
"Keempat-empatnya sudah pandai merangkak, bahkan dua sudah boleh duduk dan selebihnya sudah mula bertatih,’’ ujar Khairul.
Kembar empat ini dilahirkan dengan uri yang berbeza dan gemar tidur lewat.
Menurut Mastura, memang penat dan banyak perkara yang terpaksa dikorbankan untuk menjaga anak-anak yang masih kecil, namun melihat mereka membesar dengan sihat, bangga dikurniakan kembar empat.
Pembedahan
"Saya hamil secara normal dan apabila doktor sahkan kembar empat, saya tidak terkejut kerana saya dan suami memang mempunyai susur galur keluarga yang dilahirkan kembar.
"Nenek saudara saya kembar tiga, sepupu pula kembar dua manakala adik suami saya juga kembar dua,’’ ujar Mastura.
Kembar empat yang sentiasa ceria dan peramah ini dilahirkan pada 3 November 2006 di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, seminggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.
"Saya bersalin melalui pembedahan dan Alhamdulillah keempat-empat bayi yang dilahirkan sihat.
"Mereka dilahirkan dengan berat lebih dua kilogram kecuali Syed Khawarizmi yang dilahirkan seberat hanya 1.8 kilogram sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam inkubator selama seminggu,’’ ujarnya lagi.
Mengaku menjalani kehidupan serba sederhana, Syed Khairul yang bekerja sebagai polis bantuan manakala Mastura kerani di TNB, pernah dibelenggu kebimbangan untuk menyara anak-anak.
Namun, sikap mereka yang tenang dan reda dengan apa yang dikurniakan sedikit sebanyak meredakan perasaan.
"Apabila kandungan isteri masuk lapan bulan, keluarga mula bertanya tentang persiapan sebab anak yang bakal disambut empat orang sekali gus.
"Saya tenang sahaja dan percaya setiap daripada mereka telah ditentukan rezeki masing-masing. Mujur saudara mara termasuk ibu bapa dan mentua banyak membantu dan menghulur bantuan daripada soal wang ringgit hingga tenaga serta keperluan untuk bayi kami,’’ katanya.
Keluarga ini juga menerima sumbangan susu tepung bayi daripada Dumex dan Nestle serta lampin pakai buang jenama Huggies.
"Walaupun sumbangan hanya untuk jangka pendek, sekurang-kurangnya ringan juga tanggungan kami. Saya berharap masih ada pihak-pihak yang sudi menghulurkan bantuan.
"Mujurlah kembar empat ini tidak cerewet walaupun bertukar jenama susu dan masing-masing pandai menyesuaikan diri dengan keadaan,’’ ujar Mastura yang terpaksa mengambil seorang pembantu rumah.
-Sumber http://www.edaransalindah.com
0 pengomen yang bakal mendapat anak kembar:
Post a Comment