http://gengkembar.blogspot.com/

Wednesday, November 24, 2010

Macam-Macam Kisah Kembar

Menara kembar Petronas setinggi 45.9 meter (88 tingkat) yang siap dibina pada Disember 1996 telah mencatatkan sebagai bangunan berkembar paling tinggi di negara kita dan juga tertinggi di dunia pada masa ini. Y.A.B. Perdana Menteri. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan pembinaannya pada bulan September 1992.


Tapak asal menara ini pada masa dahulunya adalah Padang Lumba Kuda Jalan Ampang. Kerja-kerja pembinaan menara ini mengambil masa selama dua tahun dan telah siap dibina pada tahun 1996. Tapak binaannya adalah seluas 341,783 meter persegi. Terdapat sebuah jejantas sepanjang 58.4 meter yang menghubungkan kedua-dua bangunan ini di aras 41 dan 42.



Sumber: Buku Rekod Malaysia



KUALA LUMPUR: Tentulah aneh dan mengejutkan apabila sebuah Proton Iswara Aeroback boleh berada di dua tempat berasingan pada satu masa. Namun itulah yang berlaku sehingga pemilik sah kenderaan itu keliru.


Pekerja am rendah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Azimah Mat Yusop, 47, meletakkan kereta di tempat letak kenderaan di Kuartes DBKL Jalan Semarak di sini, pada 3 April lalu.



Pada masa sama, anak saudaranya memberitahu dia melihat kereta jenis serta nombor plat sama dipandu seorang lelaki di sekitar Wangsa Maju.



Kekeliruan itu bagaimanapun terjawab apabila semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan mendapati kereta dipandu lelaki di Wangsa Maju itu kenderaan curi yang menggunakan nombor plat pendaftaran palsu.



Menurut Azimah, dia terkejut diberitahu keretanya yang diletakkan di Kuarters DBKL dipandu seorang lelaki di Seksyen 2, Wangsa Maju.



Dia yang sedang bertugas menghubungi jiran bagi mendapatkan kepastian.


"Saya terkejut apabila jiran memberitahu kereta saya masih di tempat letak kereta di rumah. Ia menimbulkan tanda tanya bagaimana nombor plat Proton Iswara dengan warna sama dengan kereta saya dipandu orang lain di Wangsa Maju.



"Anak saudara saya kemudian mengekori kereta itu ke sebuah flet dan melihat pemandunya meninggalkan kereta di situ," katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.



Azimah berkata, dia yang bimbang kejadian buruk segera membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju dan JPJ Wilayah Persekutuan, keesokannya.



Ini kerana dia bimbang kereta ‘kembar’ itu digunakan untuk tujuan jenayah.



"Saya bernasib baik kerana tiada kejadian tidak diingini berlaku seperti saman atau kesalahan lain dilakukan lelaki yang menggunakan kereta ‘kembar’ saya.



"Yang peliknya, selain nombor pendaftaran sama, warna dan model kereta terbabit juga serupa," katanya.



Azimah berkata, dia difahamkan, sebaik menerima laporan, anggota JPJ Wangsa Maju segera menjalankan siasatan dan berjaya menjejaki kereta berkenaan di Seksyen 2 Wangsa Maju, kelmarin.



Sementara itu, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Nadzri Siron, berkata pegawainya melakukan pemantauan terhadap kereta terbabit sejak dikesan kelmarin, namun tiada sesiapa mengambil kereta itu selepas beberapa jam dipantau.



"Kereta itu kemudian ditunda ke pejabat JPJ dan kami percaya ia sudah beberapa hari ditinggalkan di situ," katanya.



Beliau berkata, hasil pemeriksaan pada nombor enjin dan casis mendapati kereta itu menggunakan nombor plat dan cukai jalan palsu.



Menurutnya, kereta berkenaan dilaporkan dicuri di sekitar daerah Sentul awal tahun ini dan ia kini disita untuk tindakan lanjut.



Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan boleh menghubungi Unit Aduan dan Siasatan JPJ di talian 03-40202223 dan 03-40236470 (selepas waktu pejabat).

























1. Untuk menyambung perkhidmatan tren komuter sedia ada dari sektor Seremban – Rawang ke sektor Seremban – Tg. Malim dengan purata bilangan perkhidmatan 100 trip sehari.

2. Mengadakan perkhidmatan rapid antarabandar di antara Ipoh - Sentral KL dengan kekerapan 16 perkhidmatan sehari yang kemudiannya ditingkatkan kekerapan sehingga 32 perkhidmatan sehari.

3. untuk menaiktaraf infrastruktur landasan bagi meningkatkan keupayaan landasan untuk tren komuter, antarabandar dan barang.




















Suhaimi Mohd Nor, 35, yang sudaj tiga tahun berniaga di situ dan pernah bekerja mengopek kelapa di Bagan Datoh, Perak, berkata, dia tidak pernah mendengar atau terjumpa dengan kelapda sedemikian rupa.

"Jumaat lalu, seperti biasa abdang ipar saya membelah stok kelapa untuk dikisar. Pada mulanya dia tak perasan kelapa itu isinya kembar, bila dah ambil untuk dikisar, barulah dia perasan yang kelapa itu kembar.

"Bila kami berdua lihat dekat-dekat, bukan hanya kembar, malah ia mengeluarkan bau yang dangat wangi macam bau bunga melor. Kami pun letak dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk," katanya sambil memberitahu akan menyimpan kelapa itu kerana ia boleh dijadikan minyak.

http://www.edaransalindah.com

0 pengomen yang bakal mendapat anak kembar:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terdahulu

Share & Enjoy

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More