Hari ini PH tergerak untuk menjenguk page group Dianugerahkan Kembar. Dah lama PH menjadi silent reader untuk group ini semenjak PH di'invite' oleh pengendali group ini.
Pagi ini jari PH terhenti scroll handphone apabila terbaca satu nukilan yang sangat menyayat hati dari nukilan seorang ibu yang kehilangan kedua-dua bayi kembarnya semasa bayi itu dilahirkan. Nukilan tersebut telah dimuatnaik oleh Pn. Idayu Syuhada di page group Dianugerahkan Kembar. Hampir jatuh air mata lelaki PH setelah membacanya. Namun, kita perlu akur bahawa perancangan kita kadangkala tidak sama dengan perancangan Allah SAW. Kesemua yang berlaku ada hikmahnya yang tersirat. Sama-samalah kita ambil iktibar dari kisah ini dan kepada Pn Idayu Syuhada serta suami, PH sangat kagum dengan ketabahan kalian berdua di dalam menempuh ujian berat ini. Berikut adalah nukilan dari Pn Idayu Syuhada.
"Selama ni ayu hanya menjadi silent reader di sini. membaca cerita2 mengenai si kembar...membelek gambar2 si kembar...cukup membuatkan ayu tersenyum dan ketawa sendiri. kadang2 ayu melayan group ni sehingga lewat malam..'like' cerita dan gambar yg si post kan di sini...hanya utk melepaskan rindu ayu pada si kembar ayu.
seseorg bertanya..."ayu...join la group dianugerahkan kembar..nnt along approved". dan jawapan ayu..."boleh ke along....kembar ayu dah xd.." lelaki yg ayu kenali sbg along...sekali lagi berkata..."ayu juga dianugerahkan kembar..."
ya...ayu juga dianugerahkan kembar. pernah dianugerahkan kembar.dipinjamkan kembar..hanya utk beberapa jam selepas dilahirkan. ayu juga pernah merasa punya anak kembar..walau hanya utk bbrp jam. ayu juga pnh menikmati indahnya saat memeluk dan mencium kembar..walaupun hanya di saat mereka sudah kaku dan tdk bernyawa.
2 disember 2011...tarikh keramat yg tdk akan ayu lupakan smp akhir hayat. kerana pada hari itulah ayu dianugerahkan dua bidadari syurga yg akan setia menunggu ibu di sana. hari itulah ayu bertarung nyawa antara hidup dan mati kerana komplikasi yg dialami.
semasa usia kandungan 5 bulan, doktor mengesahkan yg salah seorg kembar tdk sihat. buah pinggangnya tdk berfungsi. keadaannya sedikit membengkak berbanding yg sorg lagi. stress...risau...susah hati...membuatkan ayu mengalami contraction awal. ayu dimasukkan ke hospital selama 2 bulan...hanya berbaring di katil...menunggu waktu yg sesuai utk melahirkan kembar. drip anti contraction sentiasa dipasang...bagi mengawal contraction ayu yg datang setiap hari. dan setiap kali contraction terlalu kuat..injection akan diberikan. 2 bulan terbaring di hospital cukup menyeksakan..namun demi si kembar, ayu sanggup. usahkan 2 bulan..2 tahun pun ibu sanggup asalkan anak2 ibu selamat.
malam jumaat..1 disember 2011..ayu mula mengalami komplikasi kesan drp drip anti contraction yg ayu ambil selama 2 bulan. jantung ayu mula tdk stabil. sakitnya dada di saat menarik nafas. badan mula berpeluh...dan kaki mula kebas hgga ke lutut. malam itu...5 org jururawat termasuk seorg midwife berkampung di bilik ayu. bermacam mesin dipasang...suami dihubungi..doktor dipanggil. patient kritikal...kata mereka. dan ayu....separuh sedar. antara dengar dgn tidak..antara nampak dgn tidak. suasana ketika itu sggh merimaskan ayu. ayu juga mengalami gangguan dr makhluk halus yg dtg mengambil kesempatan ketika keadaan badan dan mental yg lemah. bermacam jelmaan dtg..bermacam suara kedengaran silih berganti. ayu...kau mesti kuat!!!
disebabkan jantung yg mula tdk stabil, drip anti contraction terpaksa dihentikan. bantuan oksigen diberikan...namun blm mampu utk membuatkan ayu selesa bernafas. jururawat di sisi sentiasa mengingatkan ayu utk mengucap dan stay strong. ya...ayu masih blh dengar semua tu.
seawal jam 7 pagi 2 disember...ayu mula turun darah. dan contraction yg malamnya hanya perlahan..kini mengganas. sakitnya hanya Allah yg tahu. tdk dpt nak digambarkan. darah bertakung di katil...membuak2 macam dipam keluar. ayu disorong ke labor room. walaupun bantuan gas diberi, ia masih belum cukup utk membuatkan ayu lupa tentang kesakitan yg dtg. dan ia blm mampu membuatkan telinga ayu kabur drp mendengar perbualan cemas doktor2 dan suami.
"keadaan isteri encik kritikal. darah byk keluar. anti contraction x blh diteruskan kerana jantungnya bermasalah. jadi kami terpaksa lakukan emergency operation." kata pakar sakit puan.
"keadaan jantung dan tekanan darah isteri encik sgt bahaya utk kami berikan bius. kami terpaksa kurangkan satu dose bius..dan kemungkinan isteri encik tidak akan sedar lagi selepas itu agak tinggi. 50-50." kata pula pakar bius.
setiap kata2 itu kedengaran jelas di telinga ayu. ya allah..andai jumaat ini jumaat terakhirku...aku redha. kau selamatkanlah anak2ku.
suami mengiringi ayu ke dewan bedah dgn linangan air mata. menggigil tangannya saat menggenggam tangan ayu. menitis air matanya saat kemaafan dipohon. ayu sempat berpesan supaya menjaga anak sulung kami yg ketika itu berusia 5 tahun dgn baik...jaga kembar kita dgn sempurna...berikan didikan yg sempurna kpd anak2 kita. kerana ayu dpt rasakan yg itulah kali terakhir ayu dpt berinteraksi dgn suami.
sayup2 ayu dengar nama ayu diseru. seorg lelaki tua tersenyum memandang ayu. "tadah tangan nak..."
tadah tangan?
"pakcik nak bg hadiah.."
ayu menghulurkan tangan kanan..dan pakcik tersebut meletakkan dua batang gigi baby bertangkup..di tapak tangan ayu. ayu terpinga2.
"simpan baik2 nak. ini hadiah berharga.."
lalu ayu genggam gigi tersebut...kemas.
sebaik sahaja membuka mata...org pertama yg ayu lihat ialah suami ayu..yg sdg membaca yaasin di sebelah kanan ayu. ohhh...baru ayu tahu...rupanya pakcik tadi hanya mimpi. jam pada waktu itu sudah pukul 3 petang. lamanya ayu tidur. suami tersenyum...syukur ayang dah sedar..katanya. ayu senyum. mana anak kita?
abg dah tgk anak kita. anak kita comel. macam aqilah kecik2 dulu. hidung mancung...bulu mata lentik. mulut dia mcm ayang..jari runcing...
ayu senyum...bkn itu yg ayu mahu dgr dr suami. ayu mahu tahu di mana anak kita.entah kenapa naluri ayu mengatakan yg anak ayu dah tiada. walaupun suami tidak maklumkan..namun ayu tahu..kembar ayu sudah tiada.
bang...ayang nak tgk baby..
suami diam. tunduk....menyembunyikan air matanya.
bang..ayang tahu anak kita dah takde. ayang nak tengok..
pada awalnya jururawat tdk membenarkan..kerana ayu masih lemah katanya. namun ayu berkeras. izinkan saya tgk anak2 saya sebelum dibawa balik. saya mengandungkan mereka. saya bergadai nyawa utk mereka. izinkan saya tatap dan peluk mereka.
siapa yg mampu melawan kerasnya hati si ibu kan. akhirnya jururawat mengalah.
kedua mereka ditolak ke katil ayu. sungguh.....saat itu tidak ada walau setitik air mata yg keluar. bahkan ayu tersenyum dan teruja melihat mereka. subhanallah....indahnya ciptaan Allah. cantiknya mereka...comelnya bidadari ibu.
ayu pangku...ayu cium..ayu sentuh setiap inci tubuh mereka. wanginya anak2 ibu...walaupun berbalut kain putih. tidak akan ayu lupa smp bila2 wajah mereka....tdk akan ayu lupa smp bila2 wanginya bau mereka.
abang kata...aina pergi sejam selepas dilahirkan (krn masalah buah pinggang). auni pula...mula meragam sebaik sahaja aina dikeluarkan dr incubator...dipisahkan. keadaannya merosot perlahan2... pakar baby kata...kami buntu. dia seolah2 menolak semua yg kami beri. ya...ayah faham syg. syg nak ikut kakak kan?
suami memangku auni...mengqamatkan..dan membisikkan zikir di telinganya. sayang...klu syg nak ikut kakak, syg pergilah. ayah dan ibu redha. jgn paksa diri. tggu ayah dan ibu di sana nanti ya...
sebaik sahaja ayah berbicara...auni seakan faham...dan auni pergi mengikut kakak.
nurein qasrina aina...
nurein qaisara auni...
bidadari ibu...
tunggu kami di sana ya.
pergimu hanya sementara. kelak kita akan bersua di alam yg abadi. tunggu ibu..ibu rindu nak peluk dan cium kalian berdua. ibu rindu bau itu..."
Thursday, February 5, 2015
Nukilan Menyayat Hati Dari Seorang Ibu Yang Kehilangan Bayi Kembar Buat Selama-Lamanya
Posted by Papa Hero on 11:52 AM
Foto ehsan : Pn. Idayu Syuhada
Entri Terdahulu
-
Kalau ditanya semua bakal-bakal ibu di dunia ini, 99.9% akan mengatakan inginkan anak kembar...betul tak....? Bagi pengalaman PH sendiri, PH...
-
Ziana Zain Akhirnya, Ziana Zain memperkenalkan juga anak kembarnya kepada media semalam di Majlis Slim World Beauty House. Anak kembar Ziana...
-
Kembar siam atau kembar bercantum adalah keadaan anak kembar yang tubuh keduanya bersatu. Hal ini terjadi apabila z igot dari bayi kemb...
0 pengomen yang bakal mendapat anak kembar:
Post a Comment