Pada 10 May lepas, PH terpaksa ambil cuti kecemasan sebab Along demam panas lepas tu semput...Mula-mula kena kat Angah, lepas tu berjangkit plak kat Along...Tapi PH memang dah agak perkara ini akan berlaku...Kalau salah seorang sakit, yang seorang lagi pun mesti sakit juga....Inilah risiko dan cabaran yang perlu ditempuh oleh mereka yang mempunyai anak kembar...
Hati mana yang tidak sedih dan pilu apabila melihat sekujur tubuh kecil batuk tak berhenti-henti...Bila ditarik nafas pun tersangkut-sangkut...Ada 'lubang' di bahagian bawah paru-parunya apabila Along menarik nafas....Ini menandakan oksigen tak cukup untuk keperluan paru-parunya...Maka, pagi itu PH terpaksa lupakan tugas...Bagi PH, kerja tu kerja juga, tetapi tanggungjawab pada keluarga mesti diutamakan walau apa jua alasan sekalipun....Gambar di bawah ni PH baru lepas lap badan Along dengan tuala basah...Panas betul badan dia...Kalau lambat boleh terkena sawan tarik ( KLIK SINI )
PH pergi ke Klinik Mewah di sebelah 7 Eleven Pekan Semenyih...Sesiapa yang tinggal di Semenyih pasti tahu klinik ini...PH pun selalu datang ke sini...Layanannya amat memuaskan...Missy dan doktor juga peramah....
Si Angah memang asyik makan jer kerja dia...Sebab tu lah perutnya asyik ke depan ajer...Kesian kat Along...Kalau kalian nak tahu, bila kami berjalan di mana-mana Si Along ni tak nak dengan PH...Angah jer yang nak dengan PH...Tapi bila Si Along ni demam atau sakit, dia pasti akan cari PH...Dia nak PH dukung dia...Lepas tu dia akan peluk PH kuat-kuat....Sejak dari kecil Si Along ni memang selalu sakit berbanding Angah...
Tak sampai 5 minit menunggu, nama Along dipanggil oleh Missy...Doktor yang merawat ialah Dr Selvaraj...Beliau adalah seorang pakar kanak-kanak dan amat bersopan santun melayani pesakit-pesakitnya....
Sebaik sahaja Dr Selvaraj melihat keadaan Along, cepat-cepat dia menyuruh Missy membawa Along sedut gas....
Gambar ni Si Angah yang ambil...Dia main-main henpon PH...Kat dalam bilik rawatan tu pun boleh makan lagi...Adehhhh
Ni video keletah Si Along masa tengah sedut gas...kesian kan...? hehehe...Sama macam kita kecik-kecik dulu...Begitulah ibubapa kita menjaga kita...
Lepas gas dah habis, Dr Selvaraj pun datang untuk memeriksa keadaan Along...Panas demamnya mencecah 38 Darjah...Dr Selvaraj dah bagi Along 'ubat peluru' yang dimasukkan melalui dubur....Untuk kanak-kanak, suhu sebegini memang boleh kena sawan dah...Tak sanggup PH nak ingat kembali peristiwa si kembar ni kena sawan....Bukannya apa, kesian....
Alhamdulillah, pada keesokan harinya Si Along dah mula tersenyum....PH pun senang hati untuk memulakan tugas semula....
PH sempat membeli ubat cacing untuk budak-budak ni...PH pun bedal sekali...Asyik dewormed kucing jer, terlupa plak nak dewormed diri sendiri....hehehehe
Nota PH :
Kalau anak sakit, cepat-cepatlah bawa pergi ke klinik...Sekarang ni banyak penyakit yang bukan-bukan....Selain dari tanggungjawab menjaga kucing, sebenarnya masih ada banyak lagi tanggungjawab yang LEBIH PENTING yang perlu kita galas...