http://gengkembar.blogspot.com/

Thursday, April 26, 2012

Perkara Yang Selalu Berlaku Di Pasaraya

Perasan tak kalau kita pergi ke mana-mana pasaraya, mesti ada ternampak ada barangan yang diletakkan di tempat yang tak sepatutnya...kan? Baru-baru ni PH pergi ke Pasaraya Tesco untuk membeli sedikit barang dapur dan keperluan untuk anak-anak bulus PH...Kitorang beli pencuci lantai, tisu tandas untuk bersihkan taik kucing kat rumah tu, plastik sampah dan pewangi...Budak-budak kat rumah tu kadang-kadang terbabas juga beraknya...Nak marah pun tak boleh sebab depa bukannya faham pun...Baik sabar ajelah...Si kembar ni tido plak masa sampai kat Tesco Semenyih tu...Nasib baik ada bantal..Bolehlah PH buat troli tu sebagai katil bergerak untuk budak-budak ni...


Nak dijadikan cerita untuk entri blog yang dah lama terbiar ni, PH perasan ada sesuatu yang tak kena di kalangan masyarakat kita ni...Barang yang nak dibeli ( pada mulanya ) diletakkan semula di tempat-tempat yang tidak sepatutnya...Perkara-perkara sebegini mungkin berlaku di atas sebab-sebab tertentu...Apa yang PH nampak sebab-sebabnya ialah :

1 ) Tak tahan nak terberak
2 ) Mak panggil balik
3 ) Ada panggilan kecemasan
4 ) Masa nak bayar kat kaunter, baru ingat duit belum cucuk lagi ( padahal diusung barang tu ke hulu ke hilir dah )
5 ) Berlagak nak kasi orang nampak troli penuh, pastu bila nak balik dia letak semula baarang-barang yang tak jadi beli tu merata-rata ( PH pernah terjumpa sekali... )
6 ) Ingatkan barang murah, tapi bila scan harga mahal plak...tak payah belilah...Wit tak cukup...
7 ) Malas bawak troli sebab ingat nak shopping sikit jer tapi bila dah masuk Tesco, semua benda dia nak pegang...
8 ) Barang yang nak dibeli tiba-tiba jer rosak / bocor...
9 ) Masa nak pergi bayar, baru perasan barang mentah tu dah basi...
10 ) Mak bapak gi jenjalan tapi biarkan anak main basikal dan bola kat dalam pasaraya tu...
11 ) Beli makanan pastu makan sambil jalan...tahu-tahu jer habis dah makanan tu...

Ni adalah buktinya...

Tin kerepek kentang kat tempat barang-barang perhiasan
( tin tu dah ringan dah tapi tanda harga Tesco masih ada..Ni kes nak makan free la ni...Tak baik tu... )


Pen kat tempat pencuci muka...
( ni kes mengada-ngada )

Patung mainan Gaban kat tempat cadar tilam
( Baru teringat bapak Gaban masih berdiri megah kat rumah )

Pensil warna kat tempat susu bayi
( ni kes budak kena babab dengan mak.."Dah bape banyak kaler mak dah beli dah, mana pergi...??" )

Buku kanak-kanak kat tempat Pampers..Jalan-jalan satu Tesco sambil membaca la tu...
( Moral of the story, membacalah di mana jua anda berada... )


Susu pekat manis kat tempat tisu tandas...
( Ni kes nak beli sedozen, pastu tak jadi..Beli satu jer dah lah..Tu la, mula-mula eksen... )

Mainan kayu golf budak kat tempat tisu tangan...
( Ni bukan budak-budak yang letak, ini kes bapak budak yang letak sebab nak bawak kayu golf mainan ni nak babab anak-anak yang excited sangat... )

Gam gajah kat tempat makanan ikan...
( Bila dah beli gam gajah, terjumpa plak gam badak...Badak lagi kuat, so ambik gam badaklah... )

Sepapan telur ayam kat tempat klorok
( Orang yang tinggalkan telur ni suruh kita beringat supaya jauhkan klorok dari tempat simpan telur... )

Mainan budak kat tempat berus jamban...
( Budak-budak ni nak cuci mainan ni pakai berus jamban tapi mak tak bagi..Kerja bodoh katanya )
Tisu tandas kat tempat pelocok jamban...
( Nak pegang pelocok jamban tu lap dulu batang dia dengan tisu..Jaga kebersihan )
Makanan dalam tin kat tempat halia...
( Ni resepi nak buang angin )
Botol kicap kat tempat sayur-sayuran...
( ni resepi nak buat sambal sayur kicap )
Raket mainan kat tempat daging ais...
( Ni kes budak-budak kena balun dengan bapak sebab ambil raket tanpa kebenaran )

Bola mainan kat tempat aiskrim...
( Ni kes Barcelona kalah dengan Chelsea )
Basikal mainan kat tempat alat elektrik.. .
( Ni kes merempit kat pasaraya... )
Bunga chrysantemum kat tempat hiasan dalaman...
( Ni kes nak terberak ni )

                                   Dan yang paling best... 


Kobis di tempat pencuci muka..
( Potong kobis tu halus-halus pastu lekapkan ke muka anda...Kalau  tak melekat kat muka, korang telanla dengan kobis-kobis tu skali....)
Si kembar ni masih mengantuk disorong bantal...Maka agenda PH berlangsung dengan lancar...hehehehe..Orang keliling semua tengok ajer...


Ngam-ngam masa dah bayar barang-barang yang dibeli, budak-budak ni pun bangun...Tapi takperlah, barang-barang keoerluan depa seperti Vitagen dan beg Upin Ipin pun dah dibeli....


Haaa...!!! Ni gambar sebelum kitorang balik ke rumah..Amacam...??? Terbelalak tak mata...??


Nota Si Kembar :
Kalau kita takde apa-apa yang urgent, letaklah balik barang yang kita tak jadi beli tu ke tempat asal yer....Steady semua...!!!

Sunday, January 29, 2012

Tengok Wayang Bersama Si Kembar

Alhamdulillah, dapat juga PH menghadap blog Geng Kembar ni selepas sudah lama terbiar sepi...hehehe...Inilah risiko yang perlu dihadapi kalau mempunyai banyak page dan blog...Asyik terlupa jer nak update blog yang ini....
Oklah, PH nak bercerita pasal semalam....PH pergi ke Jaya Jusco Cheras Selatan bawa anak-anak menonton filem Journey 2 - The Mysterious Island...Ini adalah kali kedua PH menonton filem ini bersama-sama dengan si kembar Along & Angah...Suka betul derang tu....Masa mula-mula menonton, terkejung-kejung budak-budak ni sebab terkejut...hehehehe...Tapi untuk yang kali kedua ni derang dah pandai...Tiba jer babak yang ada terkejut dia cepat-cepat tutup mata...Pandai tak? Pandai tak?


Sebelum masuk wayang tu, macam biasalah...Sedikit wang perlu dilaburkan untuk memenuhkan perut budak-budak ni...PH tertarik betul dengan bekas minuman dan makanan ekslusif ni ( 2 in 1 ) sempena sambutan Tahun Baru Cina...Ramai warga berbangsa Cina kat wayang ni sebab ada filem Cina best iaitu Ah Beng The Movies dan Viral Factor....


Sementara menunggu MH beli tiket, budak-budak ni kuyu jer mata sebab bosan menunggu tak sabar-sabar nak masuk panggung...Sama jer muka boring derang ni kan? hahahaha


Tiket dah dibeli, tapi ada sejam lagi masa nak masuk panggung...Jadi, PH pun entertained si kembar ni ...Naik kereta menan...hahahaha...


Seb bek ibunya tak naik sekali..Kalau ibunya naik sekali ayahnya pun nak join sekaki hehehehe....



Pastu entertained derang naik Marry Go Round...Tengoklah mukanya...Budak-budak ni memang selalu kena gembirakan mereka....Kalau bopleh jangan dihampakan kehendak mereka...Tapi yang paling penting jangan kedekut dengan anak-anak...



Lepas tu entertained derang guna kerusi urut....Bergetar-getar badan Along hehehehehe



Biasalah, kalau dah ada anak kembar ni semuanya kena beli dabel ( double )...Angah terkejung kejap kat kerusi urut tu...RM1 untuk 3 minit..Ok lah tu kan...? Buat apa nak kedekut dengan budak-budak...Dengan seringgit tu dapat juga menggembirakan hati anak-anak...Minda pun sihat dan emosi pun berkembang dengan baik....



Kalau PH jalan kat JJ Balakong ni, PH mesti berhenti kat kedai ni...Terpegun dan kagum melihat kreativiti orang yang membuat arca Alien ni...Dia menggunakan bahan-bahan besi yang terbuang....



Inilah hasilnya kalau kita tak kedekut dengan anak-anak...Muka anak-anak ceria dan rezeki pun tak segan nak nak singgah...


Tengah penat berjalan, terjumpa plak troli kosong...Apalagi, PH humbankan ajer si kembar ni kat dalam troli pastu sorong ke serata JJ Balakong ni...Habis cerita....hehehehehe


Lagi 15 minit panggung filem hendak dimainkan....Lepak semula kat tempat wayang...Tak putus-putus manusia ke hulu ke hilir...Pening kepala kalau tengok gelagat masing-masing...Kanak-kanaklah yang paling gembira...Ramai orang Cina tempatan di sini menghabiskan masa bersama keluarga di musim cuti perayaan ini...maklumlah, esok dah kerja balik dah...



Pop Corn yang pertama dah habis...Kena beli lagi sekali....Tapi takpelah, untuk bapak si kembar juga....hehehehe



Tengoklah muka budak-budak ni....Puas kalau dapat memenuhi permintaan anak-anak...Tengokah cara Along pegang keropok tu ( kanan )...Dia tak nak bagi PH sikit....Siap peluk tu...hehehehe...Tapi last-last bagi juga....Masa ni PH dah salinkan baju budak-budak ni sebab mashem....



Lima minit lagi wayang nak dimulakan...Apalgi, sesi photoshoot kejap...hehehehe...Ada banyak lagi tapi malas plak nak upload kat sini...Nanti PH upload kat Facebook Si Kembar...



Hokay...!!! Kami nak tengok wayang dulu....Angah terkejut sampai tercampak spek bila muka biawak hijau tu tiba-tiba sergah kitorang....hehehehe...


Apa-apa je lah budak-budak ni...Layankan ajer :)


P/S :
Beberapa hari sebelum gi tengok wayang ni, PH pergi Tesco Semenyih...Tengah jalan-jalan kat tempat kosmetik, tiba-tiba nampak pulak kobis kat sini....adehhhh.....



Saturday, December 24, 2011

Dengan Roh Ini PH Menulis....

Alhamdulillah...Dapat juga PH update blog si kembar ni setelah sekian lama ditinggalkan....Walaupun tak boleh nak kejar itik dengan ayam sekaligus, namun PH akan cuba juga...Bila dah dapat tangkap ayam,. dapat tangkap itik lambat sikit pun takper...hehehehe
 ( faham ke ayat perumpamaan PH ni...? )...
Si kembar semakin hari semakin membesar...Setiap hari, ada bermacam-macam benda baru yang ditanyakan oleh mereka kepada PH...Alhamdulillah, mereka sudah boleh mula menggunakan akal mereka....Yang menariknya, setiap patah ayat yang diutarakan dari mulut mereka comel sangat-sangat....Ye lah, pelat tu ada lagi...Memang seronok kalau layan mereka...Kalau nak dijadikan filem, mesti satu pawagam tu ketawa berdekah-dekah menahan senak perut...Adeehhh budak-budak zaman sekarang bijak betul....Bak kata Mak Minah 
( dalam cerita Masam-Masam Manis P Ramlee ) " Dah Gedeban dah" ( advance )...


Bila diingat semula masa zaman PH masa kanak-kanak dulu, suasana amatlah berbeza sama sekali....PH dibesarkan dengan Ding Dang, Thunder Cat, Gaban, Voltron, Moero Attack, Kartun Transformers dan banyak lagi....Kartun lama yang kekal sehingga sekarang ialah Doraemon...Sampai sekarang PH suka kartun tu,...Banyak memberi mesej-mesej positif serta menyemai sifat menyayangi manusia dan haiwan....
Tapi, zaman itu dah berlalu..Kini zaman milennium lebih mencabar...Along & Angah suka main Angry Bird dan Barbie Doll....Tablet PH tu dia dah hafal bucu mana nak tekan...Mak Aiii....Baru umur 4 tahun tu...hmmmm takpelah asalkan benda-benda sebegini dapat membentuk siasah minda...Tapi PH tak memberikan kepada mereka bermain game sepenuh masa...Ada masa-masanya...
Ke mana sahaja mereka muncul, pasti akan ada rezeki datang dengan tidak disangka-sangka...Ada yang membelikan ais krim, gula-gula dan keropok....Ada juga yang memberi duit kocek...Alahai terima kasih lah akak yer....Ketika itu berlaku di Alamanda dan KLCC...Syukur...Ada juga mereka yang terus menjadi peminat Along & Angah...Yang mana kebetulan membawa anak kembar mereka turut tidak ketinggalan untuk bergambar kenang-kenangan bersama Along dan Angah....



Setelah 3 dekad mengharungi kehidupan, PH mengecapi kebahagiaan juga, itupun setelah banyak perkara-perkara pahit yang terpaksa ditelan mentah-mentah...Peritnya masih terasa sehingga sekarang...namun kehidupan mesti diteruskan....Tak guna kita nak mengeluh dan mengadu domba dugaan yang Allah beri....Kini, barulah PH faham, untuk mendapatkan kebahagiaan, kitalah yang wajib mencarinya...Bukan menunggu kebahagiaan itu datang bergolek....Kena rasa susah dulu, barulah kita akan senang kemudian....



Kesenangan yang PH kecapi sekarang bukanlah bermaksud PH dah kaya raya atau menjadi jutawan...Bagi PH, kebahagiaan jiwa PH telah temuinya...Duit bukanlah segalanya, tetapi pada masa yang sama PH akui bahawa segalanya memerlukan duit....Jadi, PH wajib berusaha untuk memperolehi kehidupan yang lebih hebat dari yang ada sekarang....Cuma, bermacam-macam rintangan yang perlu PH hadapi...Sebagai seorang suami dan bapa, banyak tanggungjawab di bahu ini....Kesabaran adalah tunjang yang paling utama...


Segala perkara pahit yang berlaku dalam hidup kita adalah guru kepada kehidupan...Kalau tak langgar dinding, kita tidak akan tahu tahap kesakitannya....Maka, kalau kita dah langgar dinding dan tahu kesakitannya Insyaallah kita akan maju setapak lagi ke hadapan dengan tidak mengulangi kesilapan yang lalu...
Ibubapa juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan...Maka, kesilapan ibubabapa yang mendidik kita haruslah dijadikan sempadan dan pedoman...Tujuannya adalah supaya kita tidak mengulangi kesilapan itu kepada zuriat kita....Macam yang PH bagitahu tadi, kalau kita tak langgar dinding, kita tak akan tahu sakitnya macamana...Bila dah tahu betapa sakitnya ia, takkan kita nak langgar dinding lagi kan...? hehehehe


Hidup ini adalah satu perjuangan yang akan berakhir...Kita kena ingat hidup kita ni untuk siapa...? Kita berjuang untuk siapa...? Kalau kita tidak mahu berjuang untuk diri sendiri, tetapi sekurang-kurangnya berjuanglah untuk zuriat dan keturunan kita....PH tak dilahirkan di dalam keluarga yang kaya dan senang...Ayah PH bukannya Dato' dan ibu PH bukannya Datin Seri....PH tidak dibesarkan di dalam rumah banglo dan berkereta mewah, sebaliknya hanya dibesarkan di kawasan flat dan kereta pun macam besi buruk......Namun, dengan roh ini PH bertekad akan membesarkan anak-anak PH di dalam keadaan yang cukup serba serbi...PH mahukan sepeninggalan PH nanti, waris-waris PH akan mewarisi harta dari titik peluh PH sendiri...Untuk roh yang menulis entri ini, PH bertekad untuk berjuang untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat...PH yakin kalian juga mempunyai perjuangan hidup yang sama dengan PH....Teruskanlah perjuangan hidup ini walau sehebat manapun badai yang melanda....Teruskanlah perjuangan dengan penuh percaya bahawa akan ada sinar di akhir kehidupan kita nanti...Mudah-mudah pemergian kita nanti akan diingati sampai bila-bila...Aminnn...


P/S :
Seribu batu perjalanan bermula dengan hanya satu langkah...Tulislah kejayaan anda dengan tangan sendiri...Jangan terlalu mengharapkan orang lain...
Kejayaan Adalah Di Tangan Anda

Saturday, August 6, 2011

Kenangan Bersama Pelancong China di Hotel Grand Season

Pada 2 minggu lepas, PH & MH ada temujanji dengan seorang klien di Hotel Grand Season di Jalan Pahang, KL...Sementara menunggu klien, PH jalan-jalan kat lobi hotel dengan Along & Angah...Kebetulan pula PH bertembung dengan satu rombongan pelancong dari China yang baru tiba di hotel tersebut...Hmmm, apalagi, bila ternampak ajer si kembar ni masing-masing terpinga-pinga sambil tersenyum kat si kembar ni...

Seperti yang dijangka, Along & Angah menjadi tumpuan pelancong tersebut serta pelawat-pelawat yang sedang menunggu di ruang legar hotel tersebut....


Pelancong-pelancong ini mengambil kesempatan untuk bergambar dengan si kembar ni...


Keadaan menjadi agak riuh rendah..Mereka asyik berkata "This girl so cute..!!!", "You're a lucky man..." ( PH la tu..hehehe )..Rupa-rupanya, mereka ada mengupah seorang jurugambar profesional....


Mereka semua berasal dari Hainan...Sementara mereka bergambar dengan Along & Angah, PH asyik berbual dengan seorang wanita China yang berumur lingkungan 40an..PH lupa nak tanya namanya...


Keletah-keletah pelancong ni asyik diperhatikan oleh orang sekeliling sambil mengukir senyuman....


Memang rezeki pada hari tu, klien PH bersetuju untuk membeli produk yang PH jual...Alhamdulillah...

P/S :
PH yakin setiap pasangan suami isteri yang mempunyai anak kembar pasti pernah merasai situasi sebegini...Memang seronok sangat-sangat kan...? Sementara anak kita masih kecil, ambillah peluang ini untuk bermanja-manja dengan mereka...Nanti bila mereka dah besar, nak timang pun tak boleh dah...hu hu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Terdahulu

Share & Enjoy

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More